mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”.

Petikan Khutbah Jumaat: (01 Disember 2017M / 12 Rabiul Awwal 1439H) JAKIM

Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara

Islam mementingkan kesatuan ummah dalam membina negara yang sejahtera. Dengan kesatuan, manusia dapat hidup dalam keadaan aman, damai, selamat, sejahtera dan bahagia selamanya.

jakim.jpgIni ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah al Hujarat ayat 13: Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.”

Nabi Muhammad SAW diutus menjadi Rasul ketika berusia 40 tahun semasa Baginda SAW sedang beruzlah di dalam Gua Hira’. Hidup Baginda SAW sebagai utusan Allah SWT yang terakhir dan membawa rahmat keseluruh alam.

Misi Baginda SAW adalah untuk menyelamatkan manusia sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al Baqarah ayat 257: Maksudnya: “Allah Pelindung kepada orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang yang kafir, penolong mereka ialah Taghut, yang mengeluarkan mereka cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya”

Sewaktu Kota Madinah dibuka, antara langkah awal penyatuan adalah pembinaan masjid sebagai pusat sosial masyarakat dan diikuti dengan program persaudaraan golongan Muhajirin dan Ansar.

Baginda SAW pernah bersabda yang bermaksud: Mafhumnya: “Daripada Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan orang-orang Mukmin itu dalam kasih-mengasihinya, sayang-menyayanginya dan santun-menyantuninya bagai suatu tubuh, yang apabila menderita satu anggota dari tubuh itu ikut menderita pula keseluruhan tubuh itu dengan tidak dapat tidur dan demam.” (Riwayat Muslim)

Ahli Sunnah wal Jamaah merujuk kepada pegangan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan panduan dan ajaran Nabi Muhammad SAW.

Sempena sambutan Maulidur Rasul kali ini, marilah kita bersama-sama menghayati kepentingan kesatuan ummah kepada kesejahteraan negara

Sepanjang hayat, Rasulullah SAW tidak pernah berhenti menunjukkan ketinggian akhlaknya supaya dapat dijadikan ikutan sepanjang zaman.

Firman Allah SWT dalam surah al Hasyr ayat 7: Maksudnya: “Apa jua yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah ia, dan apa jua yang dilarang kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya.”

Keamanan, kedamaian, keharmonian, keselamatan dan kemajuan ummah tidak mungkin tercapai tanpa pengorbanan dan usaha yang gigih ke arah mewujudkan dan mengekalkan suasana tersebut berterusan hinggalah ke generasi akan datang.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, antara intipati yang boleh diambil pengajaran bersama ialah:

Pertama: Kesejahteraan negara amat bergantung pada kesatuan ummah.
Kedua: Umat Islam perlu mencerminkan identiti Islam yang sebenar dengan mengenali dan menjiwai personaliti Nabi Muhammad SAW.
Ketiga: Kesatuan ummah dan kesejahteraan negara memagar ummah daripada ancaman pihak pelampau.

Maksudnya: Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahanmu, yang sangat inginkan kebaikan bagimu, (dan) amat belas lagi penyayang kepada orang yang beriman”. (Surah at-Taubah: 128)
Tags: kesejahteraan, khutbah, ummah
Subscribe

Posts from This Journal “ummah” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments