mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: “Mempertahankan Baitulmaqdis”.

Petikan Khutbah Jumaat: (08 Disember 2017M / 19 Rabiul Awwal 1439H) JAKIM

“Mempertahankan Baitulmaqdis”.

Baitulmaqdis adalah salah satu daripada tiga tempat yang paling suci buat umat Islam. ia juga di kenali dengan gelaran al-Quds As-Sharif (tempat yang suci).
jakim.jpg
Tiga prinsip asas yang menjadi struktur iman di dalam Islam iaitu percaya bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah (Tauhid); percaya bahawa petunjuk Ilahi disampaikan menerusi rasul-rasul dan nabi-nabiNya yang terpilih (Risalah); dan percaya bahawa wujudnya kehidupan selepas mati (akhirat), Hari pembalasan dan Syurga serta Neraka.

Bandar ini menjadi saksi kepada kehidupan dan kerja-kerja para nabi serta utusan Allah SWT. Di situlah mereka menerima wahyu Allah SWT secara berulang-ulang.

Jika Mekah dan Madinah adalah bandar-bandar yang diberkati di dalam Islam kerana kaitannya dengan Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail a.s dan Nabi Muhammad SAW, maka Baitulmaqdis juga sedemikian perkaitannya dengan nabi-nabi lain seperti Nabi Daud a.s, Nabi Sulaiman a.s dan Nabi Isa a.s.

Nabi Muhammad SAW pernah berdiri mengerjakan solat dengan menghadap ke arah Baitulmaqdis dan tempat terakhir perjalanan Israk baginda SAW sebelum naik bermikraj ke langit.

Firman Allah SWT dalam surah al Israk ayat 1: Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.

Peristiwa al-Israk dan al-Mikraj penuh dengan tanda-tanda dan petunjuk yang menakjubkan sehingga ramai para pemikir Islam, pengkaji mistik dan penyair-penyair telah membuat pelbagai tafsiran secara mendalam dan berbeza-beza menjadi satu contoh kepada ketaatan dan hubungan iman setiap muslim.

Pengumuman pemimpin Amerika Syarikat yang memerlukan pentadbirannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ‘ibu kota’ Israel tidak lain adalah untuk menyampaikan hasrat bangsa Yahudi Israel dalam merampas kembali Baitulmaqdis daripada milik umat Islam Palestin bahkan milik kita umat Islam seluruhnya.

Ia jelas salah dari sudut norma dan sistem perundangan yang ada dan boleh dianggap sebagai suatu bentuk rampasan serta jajahan selain mencabuli hak-hak asasi kemanusiaan demi melebarkan lagi kekuasaannya.

Fman Allah SWT dalam Surah al Israk ayat 4: Maksudnya:Dan Kami katakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau-lampau.”

Kerosakan yang pertama dilakukan oleh bangsa ini ialah mereka melakukan kekejaman dan kehancuran dengan mengkhianati perjanjian yang telah dibuat, bahkan sanggup pula membunuh para Rasul dan Nabi yang di utuskan oleh Allah SWT.

Kerosakan kedua terkandung di dalam firman Allah SWT pada surah al Israk ayat 6: Maksudnya:Kemudian Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepadamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak-pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.”

Tafsiran Dr. Fadhal Hassan ‘Abbas, seorang pensyarah di Universiti Jordan di dalam kitabnya tentang al-Israk wal Mikraj bahawa kerosakan kedua ini disokong dengan 4 perkara iaitu:

(i) bangsa Yahudi akan mendapat sebuah negara untuk tempat tinggal (Baitulmaqdis),
(ii) kedudukan ekonominya kukuh,
(iii) keturunannya ramai, dan
(iv) pasukan tenteranya juga ramai.

Mereka tidak teragak-agak untuk mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai pusat pentadbiran negara mereka bahkan bakal menjadi Pusat Pentadbiran Dunia bagi bangsa Yahudi.

Umat Islam perlu membantah bersatu suara dan tegas untuk memastikan bumi Baitulmaqdis terus terpelihara maruahnya. Bukan lagi menjadi perjuangan rakyat Palestin tetapi menjadi tanggungjawab semua umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Jika ia terus berlaku, akan tercetus ketidakamanan dan ketenteraman di bumi Palestin bahkan terhasil satu bentuk radikalisme dan ektremisme baharu yang lebih besar dan mengakibatkan ancaman keselamatan yang lebih buruk di seluruh dunia.
          
Kita perlu tegas dan berpegang dengan satu gagasan yang mempunyai dasar yang jelas, strategi yang tuntas yang akan membawa Malaysia ke arah yang lebih dinamik, maju serta berdaya saing berpaksikan prinsip Maqasid Syariah di samping melaksanakan pendekatan Wasatiyyah atau kesederhanaan.

Mudah-mudahan, negara ini beroleh keamanan, kebahagiaan, kemakmuran, kesejahteraan dan mencapai kejayaan sebagai ‘Baldatun Toyyibah wa Rabbun Ghaffur’.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekalian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita, antaranya:

Pertama: Baitulmaqdis mempunyai hubungan langsung dengan kecintaan dan komitmen umat Islam terhadapnya.
Kedua: Baitulmaqdis menjadi satu contoh kepada ketaatan dan hubungan iman setiap muslim.
Ketiga: Tindakan menceroboh tanah Baitulmaqdis merupakan suatu bentuk rampasan serta jajahan yang mencabul hak kemanusiaan.

Maksudnya:Serta mereka menegaskan: Maha Suci Tuhan Kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana.” (Surah al Israk: 108)

 
Tags: khutbah
Subscribe

Posts from This Journal “khutbah” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments