mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat “Selamatkan Masjid al-Aqsa”.

Petikan Khutbah Jumaat 15 Dis 2017M / 26 Rabiulawal 1439H: JAIS

“Selamatkan Masjid al-Aqsa”.

Palestin telah melalui sejarah yang panjang dalam tamadun manusia dan menjadi rebutan kepada 3 agama. Namun demikian Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap muslim sejak zaman berzaman.

Keistimejais.jpgwaan Palestin seperti yang terdapat di dalam al-Quran, al-Hadis dan kitab-kitab sejarah ialah:

1. Sebagai qiblat pertama umat Islam.

2. Masjid al-Aqsa adalah masjid kedua yang dibina di atas muka bumi dan masjid ketiga paling suci selepas Masjid al-Haram dan Masjid AlNabawi.

3. Tempat berlakunya Isra’ dan Mikraj.

4. Harta waqaf umat Islam sehingga ke hari kiamat.

5. Tempat kelahiran para Nabi.

Kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis yang bermula pada tahun 1948 setelah terbinanya negara haram Israel telah menyaksikan bukan sahaja isu-isu kemanusiaan semata-mata tetapi lebih daripada itu.

Ia melibatkan isu akidah umat Islam, tanah air, maruah dan peradaban.

Sesungguhnya bumi Palestin yang terdapat di dalamnya kiblat pertama umat Islam adalah watan yang perlu dipertahankan oleh umat Islam seluruh dunia.

Apatah lagi Masjid al-Aqsa merupakan persinggahan Rasulullah SAW sebelum di Mi’rajkan ke langit.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israk ayat 1:“Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk perlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui”.

Sejak berzaman lagi yahudi berusaha untuk meruntuhkan Masjid alAqsa bermula dengan siri pengebomannya terhadap masjid suci yang ketiga Umat Islam pada 1 Mei 1980 setelah mereka berusaha untuk memusnahkannya dengan membakarnya pada tahun 1969.

Islam amat menghendaki umatnya bersatu menentang musuh tanpa mengenal sempadan dan warna kulit.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat ayat 15:“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)”.

Lebih malang lagi ada umat Islam yang masih leka dan terus menyokong bantuan-bantuan yang telah diberikan kepada Israel melalui pembelian barangan makanan, rokok, mahupun perkhidmatan profesional yang secara jelas keuntungannya diberikan untuk membiayai negara Israel. Di manakah maruah umat Islam?

Sesungguhnya kekejaman Zionis pasti akan berulang dan terus berulang tanpa mengenal siapa yang menjadi sasaran. Perdana menteri Israel Benjamin Netanyahu pada tahun 2010 dengan bangganya menyatakan Baitul Maqdis adalah ibu Negara Israel yang sah dan kini kita dikejutkan lagi dengan pengumuman presiden Amerika Syarikat yang mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu Negara Israel.

Tusukan tajam jarum-jarum Zionis melalui hiburan, telah menyebabkan pegangan akidah umat Islam semakin longgar.

Bumi Palestin dinodai. Umat Islam Palestin dinafikan hak mereka. Rakyat Palestin menangis kesedihan kerana mereka yang serba kekurangan daripada semua sudut, berlawan bersendirian dengan rejim zionis yang mendapat sokongan dan dokongan dari dunia barat yang diketuai Amerika Syarikat.

Umat Islam Palestin menangis air mata darah mempertahankan Masjid al-Aqsa yang sedang dirampas oleh rejim Zionis dengan sokongan dan dokongan dunia barat.

Mengakhiri khutbah pada hari ini. Marilah kita menghayati dan mengambil pengajaran daripada perkara-perkara berikut:

1. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa mempertahankan dan menyelamatkan Masjid al-Aqsa adalah tuntutan aqidah.

2. Umat Islam wajib bersatu berganding bahu untuk membina kekuatan ummah bagi mempertahankan maruah umat Islam.

3. Umat Islam hendaklah berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini kerana perpecahan membawa kepada kehancuran dan kehinaan.

4. Umat Islam mestilah istiqamah mengimarahkan masjid-masjid demi meraih rahmat Allah SWT dan keredhaannya.

5. Umat Islam hendaklah menghulurkan derma, sebarang bantuan termasuk doa bagi membantu pembebasan Palestin dan Masjid al-Aqsa.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang haji dan orang-orang yang memakmurkan masjid sahaja), dan mereka itulah orang-orang yang berjaya”. (Al-Taubah: 20)
Tags: khutbah, masjid, palestin, yahudi
Subscribe

Posts from This Journal “masjid” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments