mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: “Berkongsi Rezeki”

Petikan Khutbah Jumaat 22 Dis 2017M / 03 Rabiulakhir 1439H: JAIS

“Berkongsi Rezeki”.

Lumrah dalam kehidupan manusia berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran yang perlu kita tempuhi dengan sabar dan bersungguhsungguh. Setiap orang menghadapi cabaran hidup yang berbeza-beza antara satu sama lain.

jais.jpgKita hendaklah saling bantu-membantu, tolongmenolong dan memberi dorongan motivasi dan semangat apabila melihat sahabat kita ditimpa musibah ataupun kesusahan.

Ibadah zakat merupakan penyelesaian yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada kita bertujuan supaya nikmat dan rezeki dapat dikongsikan secara bersama dengan insan-insan yang diuji dengan musibah dan kesusahan.

Ibadah zakat ini ia membuktikan bahawa Islam amat menekankan sifat prihatin dan kasih sayang sesama manusia dan menolak sikap sombong dan mementingkan diri sendiri.

Berzakat adalah panduan yang diberikan oleh Allah untuk menyelesaikan isu kemiskinan. Golongan fakir dan miskin akan mendapat pembelaan bahkan pemilikan harta tidak berlegar dalam kalangan orang kaya sahaja.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Hasyr ayat 7 : “Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orangorang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).

Hanya 2.5% sahaja zakat yang wajib dikeluarkan dari harta pendapatan, emas, perak, simpanan dan perniagaan yang cukup nisab dan haul.

Sekiranya kita berzakat dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah SWT, yakinlah Allah SWT akan mengurniakan kebahagiaan, kejayaan dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Sebaliknya sekiranya zakat tidak dikeluarkan, ingatlah akan azab Allah SWT yang menanti di akhirat.

Firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah ayat 34-35: “…dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu”.

Lembaga Zakat Selangor LZS merupakan organisasi yang dilantik oleh DYMM Sultan Selangor untuk menguruskan hal ehwal zakat di negeri ini. LZS juga diaudit secara teliti oleh lima pihak audit bebas dari pelbagai agensi termasuk pihak audit Negara untuk memastikan kutipan dan agihan zakat dilaksanakan dengan telus.

Pastikan harta gabungan yang bersandarkan nisab emas seperti wang simpanan, pelaburan dan emas termasuklah juga hasil pendapatan, perniagaan, perusahaan, pengeluaran wang dari simpanan KWSP dan lain-lain juga telah dibersihkan dengan berzakat.

Lembaga Zakat Selangor menyediakan pelbagai kemudahan untuk umat Islam dapat menunaikan kewajipan zakat melalui 28 buah kaunter zakat yang disediakan disamping perbankan internet, dan lain-lain.

Mengakhiri khutbah pada hari yang penuh barakah ini, marilah kita mengambil pengajaran seperti berikut:

1. Umat Islam wajib meyakini bahawa menunaikan zakat adalah salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan. Keengganan mengeluarkannya boleh mendapat kemurkaan Allah pada hari akhirat nanti.

2. Umat Islam hendaklah berkongsi rezeki dengan melaksanakan zakat yang boleh membawa rahmat Ilahi dan sebagai pengukuh silaturrahim sesama manusia.

3. Bersegeralah menunaikan zakat demi memberi kegembiraan kepada golongan asnaf khasnya fakir dan miskin dalam menghadapi kehidupan mereka yang semakin mencabar.

4. umat Islam hendaklah menunaikan zakat di Lembaga Zakat Selangor demi memastikan pengagihannya dapat dinikmati oleh lebih ramai golongan asnaf yang layak menerimanya.

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan”. (al-Nur : 37).
Tags: khutbah, rezeki, zakat
Subscribe

Posts from This Journal “rezeki” Tag

  • Khutbah Jumaat : Tuntutan Mencari Rezeki Yang Berkat

    Petikan Khutbah Jumaat : (2 November 2018/24 Safar 1440H) JAKiM Tuntutan Mencari Rezeki Yang Berkat Rezeki memberi makna yang cukup luas dan ia…

  • Biar sikit tetapi cukup

    MEMPUNYAI harta dan wang melimpah ruah bukan jaminan bagi seseorang individu untuk hidup dengan senang dan tenang atau memperoleh segala yang…

  • Allah sengaja tangguh azab

    REALITI yang berlaku kini, perbuatan maksiat tidak lagi dapat lari daripada berlaku di depan mata. Bukan sahaja di negara bukan Islam, malah…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments