mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: “Menjaga Kemuliaan Dan Kesucian Masjid”.

Petikan Khutbah Jumaat 05 Jan 2018M /17 Rabiulakhir 1439H: JAIS

“Menjaga Kemuliaan Dan Kesucian Masjid”.

Masjid adalah tempat ibadah umat Islam seperti solat dan iktikaf. Masjid menjadi medan pertemuan jemaah dengan pelbagai sajian majlis ilmu seperti ceramah keagamaan, tazkirah, tahlil dan sambutan perayaan.

jais.jpgSejak zaman permulaan Islam lagi kemajuan dan gerakan umat Islam semuanya bermula dari masjid dan ianya menjadi lambang kesatuan ummah.

Masjid adalah segala-galanya dalam kehidupan individu Muslim. Namun begitu, perlu diingat masjid mempunyai adab-adabnya yang tertentu dan umat Islam perlu menjaga kemuliaan dan kesuciannya ketika berada di Masjid.

Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 18 : “Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjidmasjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk”

Allah SWT menjelaskan bahawa orang-orang beriman itu adalah orang-orang yang layak untuk memakmurkan masjid-masjid Allah. Membina dan memakmurkan masjid adalah antara cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Dewasa ini kemuliaan dan kesucian masjid telah dinodai oleh perbuatan-perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Kita sering mendapat laporan dari pelbagai bentuk media mengenai kejadian kecurian tabung masjid dan tabung anak yatim di masjid-masjid.

Semua ahli qaryah perlu bertanggungjawab terhadap kesucian, kebersihan dan keselamatan Masjid

Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 108: “Dalam Masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orangorang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”


Jangan kita jadikan masjid tempat untuk mencetuskan persengketaan, tuduh-menuduh dan menjadikannya sebagai tempat kita memperlekehkan pihak yang tidak sehaluan dengan kita.

Masjid juga tidak sepatutnya dijadikan tempat melakukan aktiviti berjual beli dan kempen untuk menjual ubat-ubatan dan sebagainya.

kesucian masjid sepatutnya dipelihara agar keharmonian dan ukhuwah islamiyyah dapat dipupuk dalam kalangan jemaah.

Dalam satu hadis daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu, baginda SAW menyifatkan bahawa Masjid adalah tempat yang mulia dan tempat yang paling disukai oleh Allah SWT. Sabda Nabi SAW: “Tempat yang paling disukai oleh Allah adalah Masjid”. (Riwayat Muslim).

Mengadakan majlis pernikahan di dalam masjid adalah harus hukumnya malah amat digalakkan.

Kemuliaan dan kesucian masjid itu hendaklah dipelihara sepanjang masa agar majlis yang dijalankan mendapat berkat dan tidak mengundang murka Allah.

Sabda Nabi SAW daripada Anas Bin Malik Radiallhu Anhu: “Sesungguhnya masjid-masjid tidak wajar untuk dijadikan tempat kencing dan melakukan kekotoran serta membuang sampah. Ia hanya untuk dijadikan tempat mengingati Allah, dan Solat dan membaca alQuran.” (Riwayat Muslim).

Semenjak zaman Rasulullah SAW, masjid bukan terhad sebagai tempat beribadah semata-mata tetapi merupakan pusat kegiatan dakwah.

Oleh itu peranan masjid pada hari ini hendaklah mencakupi pelbagai aspek seperti penganjuran program keagamaan dan aktiviti kemasyarakatan dalam aspek kehidupan, pendidikan, kebajikan, dan aktiviti penyatuan ummah. Ini termasuklah menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran, dakwah, program untuk remaja, sambutan keagamaan serta galakkan kepada masyarakat untuk berjemaah solat lima waktu sehari semalam

Sabda Nabi SAW melalui sebuah hadis daripada Abu Said al-Khudri Radiallahu Anhu: “Apabila kamu melihat orang yang berulang alik ke masjid, maka saksikanlah bahawa dia adalah orang yang beriman”. (Riwayat al-Tirmizi).

Kesimpulan khutbah yang dapat kita ambil pengajarannya pada hari ini adalah:

1. Umat Islam hendaklah menyakini bahawa Masjid adalah tempat menjana ketaqwaan kepada Allah SWT.

2. Umat Islam hendaklah menjadikan Masjid sebagai wadah penyatuan umat Islam serta menghidupkan peranan Masjid dengan segala program dan aktiviti keagamaan.

3. Semua pihak termasuk Pentadbir masjid dan ahli qaryah perlu berganding bahu bagi menjaga kemuliaan, kebersihan dan keselamatan masjid.

“(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar Dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah Ibadat Yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan Ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang”. (al-Nur : 36).
Tags: khutbah, masjid
Subscribe

Posts from This Journal “masjid” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments