mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: “ Mengejar Impian Menggapai Harapan ”.

Petikan Khutbah Jumaat: 5Januari 2018M / 17 Rabiulakhir 1439H JAKIM

“ Mengejar Impian Menggapai Harapan ”.


Setiap manusia pasti mempunyai keinginan, impian dan juga harapan, dan salah satunya adalah kejayaan di masa depan.

jakim.jpgMelalui impian dan harapan ini, terbangun tujuan hidup yang dimulai dengan bekerja keras, menuntut ilmu melalui pendidikan, mencari pekerjaan dengan pendapatan yang tinggi serta melakukan pelbagai jenis usaha yang di anggap tepat untuk menjambatani impian mereka.


Firman Allah SWT di dalam Surah al Mukmin ayat 40: Maksudnya : Sesiapa yang mengerjakan kejahatan maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya; dan sesiapa yang mengerjakan amal salih dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung”.

Seiring dengan tuntutan Maqasid As-Shariyah seperti isu peningkatan kos sara hidup, hala tuju pendidikan, soal perpaduan kaum, tahap kemajuan kesihatan, kebajikan dan kehidupan sosial serta kestabilan politik, keamanan dan keselamatan negara.

Keamanan adalah faktor terpenting dalam menjayakan segala jenis sasaran atau matlamat yang ingin dicapai bukan sahaja pada tahun ini malahan pada tahun-tahun yang mendatang.

Kita sangat yakin bahawa berasaskan prinsip keadilan ajaran Islam yang sebenar, segala permasalahan yang kusut dapat dileraikan dengan pertolongan daripada Allah SWT.

Firman-Nya dalam Surah al Ankabut ayat 69:
Maksudnya: “Dan orang yang berusaha berjuang kepada agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah adalah berserta orang yang berusaha membaiki amalannya”.

K
ita juga perlu memperakui dan menghargai nikmat kesihatan dan kelapangan masa. Insafilah bahawasanya manusia tidak selalu berkeadaan sihat. Masa sihat boleh bertukar kepada keadaan sakit kerana kedua-duanya adalah pemberian dan ketentuan Allah SWT.

Turut dicuaikan oleh kebanyakan manusia juga adalah nikmat kelapangan masa. Sememangnya Allah SWT memberikan kita masa 24 jam sehari yang perlu digunakan untuk bekerja, beribadah dan berehat.

Masa rehat bukan bermakna kita membuang masa dengan tidur atau leka bermain tetapi perlu di isi dengan perkara bermanfaat melalui pelbagai amal ibadah, mencari ilmu untuk kebaikan dunia dan akhirat serta memperelokkan akhlak.


Kealpaan yang sedemikian menyebabkan manusia sering berada keluh kesah dengan urusan dunia dan dihinggap penyakit tidak bersyukur.


Sifat ini digambarkan Allah SWT dalam Surah Al-Maarij ayat 19 hingga 21:
Maksudnya: Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut”.


Al-Imam Ibnul Jauzi pernah menasihatkan bahawa dunia ini adalah ibarat ladang beramal untuk dituai hasilnya di akhirat nanti.

Baginda Nabi SAW berpesan di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Al-Hakim: Mafhumnya: Daripada Ibn Abbas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara lain, (iaitu) masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum matimu.”

Budaya ilmu hendaklah sentiasa subur dan mekar di sekeliling kita bagi menjamin kelestarian hidup apatah lagi bagi mencapai darjat kebahagiaan hidup dunia mahupun akhirat.


Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11: Maksudnya: “..Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) dengan beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan”.


Mengakhiri khutbah, terdapat tiga elemen penting yang boleh kita jadikan panduan kita hari ini dalam mendepani tahun baharu ini iaitu:


Pertama:

Nikmat keamanan dalam kehidupan hendaklah sentiasa dipelihara bersama dengan berteraskan nilai-nilai ajaran Islam yang sebenar;

Kedua:

Kesihatan dan kelapangan masa perlu dihargai dan disyukuri serta diurus dengan sempurna sebelum ia berlalu; dan

Ketiga:

Tuntutan budaya ilmu yang bermanfaat dalam kehidupan akan menjamin kebahagian dunia dan akhirat.

Maksudnya: “Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan Sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari Akhirat)”. (Surah Al-Ankabut: 64)



Tags: harapan, ilmu, impian, khutbah
Subscribe

Posts from This Journal “harapan” Tag

  • Khutbah Jumaat: “Kanak-Kanak Harapan Negara”

    Petikan Khutbah Jumaat: 30 November 2018 / 22 Rabi’ul Awal 1440H JAKIM “Kanak-Kanak Harapan Negara” Imam al-Termizi meriwayatkan…

  • Antara impian dan harapan

    MINGGU lepas menyaksikan puluhan ribu pelajar dari seluruh pelosok tanah air mendaftar sebagai mahasiswa dan mahasiswi institut pengajian tinggi…

  • Jangan pernah berputus harapan

    SEORANG ibu muda belum mencecah umur 30 tahun dan hasil perkahwinannya dikurniakan seorang anak yang telah berumur lima tahun. Mereka berkahwin atas…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments