mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat “Rasuah Dijauhi Hidup Diberkati”.

Petikan Khutbah Jumaat 26 Jan 2018M / 09 Jamadilawal 1439H:JAIS

“Rasuah Dijauhi Hidup Diberkati”

Amalan rasuah boleh membinasakan sesebuah Negara mahupun sesebuah tamadun bangsa itu sendiri. Rasuah yang berleluasa boleh menghakis sistem keadilan dan nilai-nilai murni, menindas rakyat serta menggugat pemerintahan secara demokratik.

Jenayah rasuah juga akan melahirkan keperibadian yang buruk lagi hina kerana rela menggadai maruah agama dan umat Islam demi mengejar wang ringgit, pekerjaan, jawatan, pangkat, hadiah dan sebagainya.

jais.jpgRasuah adalah suatu pemberian yang diberikan kepada seseorang untuk membenarkan sesuatu yang salah atau membatalkan sesuatu yang benar. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai pemberian sama ada dalam bentuk harta atau manfaat tertentu yang bertujuan untuk memperolehi sesuatu yang bukan haknya, atau menzalimi pihak yang lain.

Rasuah adalah tergolong dalam perbuatan dosa-dosa besar, kerana ia termasuk dalam perkara memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil )sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah Radiallahu Anhu bahawa Nabi SAW bersabda: ِ“Tidak masuk syurga daging yang tumbuh daripada sumber yang haram. Dan setiap daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, neraka adalah lebih utama baginya”. (Riwayat al-Hakim).

Hadis ini menunjukkan kepada kita akan bahaya rasuah kepada ahli keluarga dan masyarakat. Hasil yang diperolehi daripada sumber rasuah, jika dibelanjakan untuk menyara keluarga seperti membeli makanan, air minuman dan keperluan asas yang lain akan mengundang mudharat dan azab yang pedih.

Rasuah juga menyebabkan tertolaknya ibadah dan doa kerana menggunakan sumber yang haram. Alangkah ruginya kita disebabkan perbuatan keji ini, ibadah dan doa kita menjadi sia-sia serta terhalang daripada mendapat rahmat Allah SWT.

Ahli keluarga dan anak-anak yang membesar dengan sumber yang haram bukan sahaja tidak akan mendapat kebahagiaan dan keberkatan di dunia dan akhirat, bahkan hatinya gelap dan keras serta jiwanya mudah memberontak dan cenderung kepada perkara-perkara yang haram

Menurut Indeks Persepsi Rasuah 2016, Malaysia berada pada kedudukan ke-55 daripada 176 buah negara di dunia. Tangkapan demi tangkapan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga semakin meningkat dari tahun ke tahun. Mengikut statistic daripada laman web SPRM untuk tahun 2017 sahaja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merekodkan sebanyak 860 tangkapan bagi kesalahan rasuah.

Rasulullah SAW sendiri melaknat orang yang memberi dan menerima rasuah sebagaimana yang telah diriwayatkan di dalam sepotong hadis daripada Abdullah Bin Amru Radiallhu Anhuma beliau berkata bahawa: ِ . “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah”. (Riwayat al-Tirmizi)

Dalam hadis lain daripada Abdullah Bin Amru Radiallahu Anhuma bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah masuk ke neraka”. (Riwayat al-Thobaroni).

Mereka lupa bahawa rasuah akan mengundang kesan yang amat buruk. Antaranya:
1. Mendapat laknat daripada Rasulullah SAW.
2. Menjatuhkan maruah diri dan keluarga.
3. Menimbulkan permusuhan.
4. Menghancurkan Negara.

Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim, ayat 7:“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras"

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, kahtib ingin menegaskan:

1. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa melaksanakan segala perintah Allah akan mendapat balasan syurga dan melanggar perintah Allah akan dimasukkan ke dalam neraka.
2. Umat Islam wajib menjauhi perkara-perkara yang haram seperti memberi dan menerima rasuah kerana ia adalah merupakan dosa besar.
3. Umat Islam perlu menghindari sebarang bentuk perlakuan rasuah kerana Rasulullah SAW sendiri melaknat orang yang memberi dan menerima rasuah.
4. Umat Islam hendaklah bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa untuk memerangi dan membanteras segala bentuk rasuah.

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan”. (al-Tahrim : 6).
Tags: berkati, khutbah, rasuah
Subscribe

Posts from This Journal “rasuah” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments