mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat : “Menjauhi Fitnah Media Sosial”

Petikan Khutbah Jumaat 02 Feb 2018M / 16 Jamadilawal 1439H: JAIS

“Menjauhi Fitnah Media Sosial”.

Dunia hari ini menyaksikan perkembangan media sosial baru yang sangat pesat membangun. Agama Islam sama sekali tidak menghalang kemajuan atau pemodenan, namun tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kemudahan media sosial hari ini telah bertukar wajah membentuk satu gejala yang sangat membimbangkan.

Melemjais.jpgparkan tuduhan, fitnah, saling salah menyalah antara satu sama lain, menyebarkan cerita dan berita tidak pasti, menjadi punca pergaduhan dan perceraian suami isteri

Sebahagian umat Islam hari ini menghabiskan masa yang sangat banyak melayari media sosial jika dibandingkan dengan membaca ayatayat suci al-Quran, atau membaca bahan-bahan berunsurkan kerohanian, keagamaan dan yang dapat membentuk akhlak yang baik.

Sungguhpun Allah telah memuliakan kita dengan akal fikiran,mengurniakan kita nikmat yang tidak terhitung, namun dunia maya dan internet ini kadang-kadang berjaya menjadikan kita seorang makhluk yang kotor lidahnya dan buruk penanya, insan yang dusta dan fasiq, insan yang terburu-buru, jiwa yang gopoh, tergesa-gesa dan lemah serta pemikiran yang celaru. َ و ْ ِع ال َ ُ ُ اذ ِ ِم باهللِ ْ ن َ .

Al-Imam alGhazali Rahimahullah menyatakan: “Sesuatu pekerjaan itu adalah kebaikan jika memenuhi tuntutan aqal dan agama, dan sesuatu perkara itu dikira keburukan jika menyalahi tuntutan aqal dan agama”.

Kebijaksanaan mengolah berita dan cerita ini juga sangat memerlukan sifat malu dan taqwa. Tidak takutkah kita amalan kebaikan kita hilang begitu sahaja akibat tersalah “share” atau berkongsi perkara tidak baik dan tidak tepat sehingga menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan dikalangan umat Islam seperti menyebarkan sesuatu hukum yang disebut oleh para ulama sedangkan hakikatnya tidak benar.

Tidak takutkah kita dengan amaran Allah SWT seperti firman Allah dalam surah Al-Anfaal ayat 22:“Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya)”.

Melayari media sosial sehingga tidak menumpukan perhatian kepada khutbah yang sedang disampaikan akan menyebabkan lagah ataupun sia-sia dan merosakkan pahala mendengar khutbah serta mengurangkan pahala solat Jumaatnya.

Ketika berhadapan dengan lambakan berita dan cerita yang tumbuh melata dimedia-media sosial dan seumpamanya, mari kita awasi dan ingatkan diri kita dan anak-anak kita serta rakan sekeliling kita dengan pesanan Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 36:“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”

Dalam hadis yang lain, daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba apabila menuturkan satu perkataan yang tidak dipastikan kebenarannya terlebih dahulu, akan membawanya ke neraka yang jaraknya lebih jauh dari jarak antara timur dan barat”. (Muttafaqun Alaih).

Jadikanlah media sosial sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, memperkukuhkan persaudaraan, menyuburkan perpaduan, menyebarkan ilmu pengetahuan, yang seterusnya akan menambahkan kebaikan dan memperoleh rahmat Allah SWT.

Mengakhiri khutbah pada hari yang berbahagia ini, marilah kita sama-sama memberi perhatian dan mengambil ingatan kepada pesanan berikut:

1. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa setiap perkataannya dan perbuatannya akan dihisab di hadapan Allah SWT di akhirat nanti.

2. Umat Islam hendaklah menjadikan setiap detik masa yang diluangkan sebagai jambatan kebaikan dan saham menuju ke alam akhirat.

3. Umat Islam hendaklah memanfaatkan media sosial untuk menguasai kepentingan pembangunan agama Islam dan tidak sama sekali menyalahgunakannya pada perkara-perkara yang menambah dosa

“Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masingmasing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan walau seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!”. (al-Zalzalah : 6-8).
Tags: ict, khutbah, media, sosial
Subscribe

Posts from This Journal “media” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments