mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat : “Memahami Pahala Dan Dosa”

Petikan Khutbah Jumaat 09 Feb 2018M / 23 Jamadilawal 1439H:JAIS

“Memahami Pahala Dan Dosa”. 

Sebagai seorang Muslim, kita dituntut untuk yakin dan beriman dengan Hari Akhirat yang padanya ada pengadilan dan pembalasan. Kita yakin dan percaya bahawa setiap amal perbuatan kita di dunia ini ada perkiraan pahala dan dosa yang akan menerima balasan seadil-adilnya.

jais.jpgIni adalah untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya. Inilah tujuan kehidupan manusia di dunia, lalu dimatikan oleh Allah SWT dan kemudiannya dihidupkan semula dengan kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak.

Hakikat ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah Al-Mulk ayat 2 ;“Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)”

Untuk memahami berkaitan Pahala dan Dosa, marilah kita meneliti hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :“Sesiapa yang berniat untuk melakukan sesuatu kebaikan namun dia tidak sempat melakukannya, ditulis juga untuknya satu kebaikan. Sesiapa yang berniat melakukan kebaikan lalu dia melakukannya, dituliskan untuknya sepuluh kebaikan sehingga tujuh ratus gandaan. Sebaliknya sesiapa yang berniat melakukan kejahatan namun dia tidak melakukannya, tidak akan ditulis sebarang kejahatan untuknya, jika dia melakukannya barulah ditulis (satu kejahatan untuknya)”. (Riwayat Muslim)

Persoalannya, mengapa masih ramai yang gagal menghargai semua rahmat dan kurniaan Allah ini? Sudah tentu ianya adalah berpunca daripada kekurangan iman dan gagal memahami apakah hakikat sebenar pahala dan dosa di dalam kehidupan mereka di dunia. Perlu diingat dan diberi perhatian bahawa Iman yang sempurna hendaklah di sertai dengan amalan dan bukan sekadar niat dan angan-angan sahaja, tetapi juga memerlukan niat dan amalan.

Amal kebaikan akan menyelamatkan seseorang daripada azab dan seksaan Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah Hud ayat 114;“Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. perintah-perintah Allah Yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang Yang mahu beringat”

Adapun perlakuan dosa pula adalah sesuatu yang akan mengundang malapetaka dan kemurkaan

Allah SWT seperti dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Ankabut ayat 40 mengingatkan kita tentang ancaman ini;“Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, Iaitu di antaranya ada Yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya Dengan batu; dan ada Yang dibinasakan Dengan letusan suara Yang menggempakan bumi; dan ada Yang Kami timbuskan Dia di bumi; dan ada pula Yang Kami tenggelamkan di laut. dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah Yang menganiayai diri mereka sendiri”

Bencana yang menimpa umat manusia sejak dahulu lagi adalah peringatan daripada Allah yang berpunca daripada dosa-dosa dan keingkaran manusia terhadap Allah SWT.

Dosa juga akan mengganggu ketenangan jiwa kita kerana jiwa akan resah dan gelisah dengan bebanan dosa. Hadis daripada Nawwas bin Sim’aan Al-Ansari R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda;" Kebajikan adalah akhlak yang mulia dan adapun dosa iaitu apa yang engkau gelisahkan dihatimu dan engkau tidak suka kalau ada orang yang mengetahuinya”. (Riwayat Muslim)

Mengakhiri khutbah hari ini, marilah kita mengambil beberapa inti pati penting sebagai panduan berguna untuk memastikan kesejahteraan hidup kita, antaranya :

1. Umat Islam hendaklah mengimani bahawa setiap perbuatan sama ada baik mahupun jahat akan diperhitungkan di Akhirat kelak.

2. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa amalan kebaikan akan mendapat pahala dan dibalas dengan syurga manakala perbuatan jahat akan mendapat dosa dan dibalas dengan neraka.

3. Umat Islam hendaklah sentiasa menyukai kebajikan dan sentiasa berazam meningkatkan amalan untuk menjamin kebahagiaan di dunia dan Akhirat.

“Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar Yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan Kami akan masukkan kamu ke tempat Yang mulia (syurga)”. (An-Nisa’ : 31)
Tags: dosa, khutbah, pahala
Subscribe

Recent Posts from This Journal

  • Khutbah Jumaat Bahtera Kasih Menuju Bahagia

    Petikan Khutbah Jumaat 22 Oktober 2021M/ 15 Rabiulawal 1443H JAWI Bahtera Kasih Menuju Bahagia Islam melihat institusi kekeluargaan adalah sangat…

  • Khutbah Jumaat: Maulidur Rasul SAW

    Petikan Khutbah Jumaat 22 Okt 2021M / 15 Rabi’ul Awwal 1443H: JAIS Maulidur Rasul SAW Alhamdulillah, kita rafakkan pujian dan kesyukuran ke…

  • Khutbah Jumaat Semarak Cinta Rasul

    Petikan Khutbah Jumaat 15 Oktober 2021M/ 8 Rabiulawal 1443H JAWI Semarak Cinta Rasul Bulan Rabiulawal kembali mengingatkan kita akan kelahiran…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments