mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat : “Nikmat Islam”

Petikan Khutbah Jumaat 02 Mac 2018M / 14 Jamadilakhir 1439H: JAIS

 “Nikmat Islam”.

Kita bersyukur terhadap Allah SWT atas nikmat kurniaan Iman dan Islam. Islam datang membuka pintu kebahagiaan di dunia dan akhirat. Islam mengeluarkan manusia daripada kegelapan kufur kepada cahaya Iman sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 257 :“Allah pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. ia mengeluarkan mereka dari jais.jpgkegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut Yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya”.

Allah SWT telah mengurniakan kepada umat Islam pelbagai keistimewaan penting yang menjadi punca kemuliaan, kemenangan dan kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat. Antaranya :

Pertama : Keistimewaan yang terletak kepada ajaran Islam itu sendiri. Ia merupakan nikmat yang tidak boleh dibandingkan dengan segala nikmat yang lain. Islam adalah agama yang terdiri daripada Aqidah, Syariah dan Akhlak.

Ajaran Islam adalah nikmat yang kekal selamanya berbanding dengan nikmat-nikmat lain yang akan luput dan berakhir. Ini terbukti Islam adalah agama yang diterima oleh Allah berbanding dengan Agama-agama yang lain.

Firman Allah swt dalam surah Ali-Imran ayat 19 :“ Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam”

Kejayaan Baginda Nabi SAW menyebarkan agama Islam kepada semua masyarakat arab daripada tidak bertamadun kepada kemajuan.

Daripada buta huruf kepada berilmu dan daripada bermusuhan kepada perpaduan hingga mampu menguasai sebahagian besar dunia.

 Firman Allah swt dalam surah Ali-Imran ayat 85 :“Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”.

Keistimewaan yang kedua : Umat Islam adalah umat yang satu wujudnya kesatuan Umat Islam yang di ikat dengan hubungan aqidah dan ukhuwah islamiyah.

Ikatan ini merentas sempadan geografi, bangsa, warna kulit serta keturunan yang menjangkau hampir 1/3 penduduk dunia..

Firman Allah SWT dalam surah Al-Anbia ayat 92 :“Sesungguhnya ugama Islam Inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah daku”.

Ayat ini menjelaskan keimanan kepada Allah menjadi ikatan persaudaraan yang kukuh dalam kalangan umat islam hingga hari ini.

Ukhuwah Islamiyah inilah yang telah menyatukan golongan muhajirin dan ansar serta mendamaikan qabilah arab yang dulunya berperang dan bermusuhan antara satu sama lain.

Islam berjaya mengikis sifat jahiliyah yang saling bermusuhan kepada hidup dalam suasana bersatu dan harmoni.

Keistimewaan ketiga: Negara-negara umat Islam dilimpahi dengan nikmat sumber alam dan hasil bumi yang kaya seperti minyak, gas serta sumber-sumber galian lain yang tidak terhitung banyaknya.

Segala nikmat yang diberikan oleh Allah merupakan wasilah kepada umat islam untuk terus mengabdikan diri kepada Allah sebagai hamba dan menguruskannya dengan penuh amanah sebagai khalifah di muka bumi ini.

Amaran ini disebut oleh Rasulullah SAW melalui sebuah hadith daripada Amru bin Auf R.Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda :“Demi allah, aku tidak bimbang kamu menjadi fakir, tetapi aku bimbang dibentangkan kepada kamu kemewahan dunia sebagaimana dibentangkan kepada umat-umat terdahulu daripada kamu, lalu kamu berkelahi sebagaimana mereka berkelahi, maka dunia membinasakan kamu sebagaimana pernah membinasakan umat-umat terdahulu” (Riwayat Al-Bukhari)

Mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib menyeru kepada seluruh umat islam supaya :

1. Umat Islam mestilah berpegang teguh dengan ajaran Islam yang meliputi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

2. Umat Islam hendaklah mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.

3. Umat islam hendaklah menggunakan serta menguruskan nikmat Allah dengan baik bagi membantu dan menyebarkan agama Allah seterusnya memperkukuhkan perpaduan dan ukhuwah Islamiyah.

“ Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Ali-Imran : 103)
Tags: islam, khutbah, nikmat
Subscribe

Posts from This Journal “nikmat” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments