mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: “Toleransi Ummah”

Petikan Khutbah Jumaat: (17 Ogos 2018 / 5 Zulhijjah 1439) JAKIM

“Toleransi Ummah”

Sesebuah negara tidak hanya ditegakkan atas asas perundangan sematamata, akan tetapi ianya perlulah berteraskan kepada beberapa prinsip antaranya ialah toleransi ummah dalam masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.
jakim.jpg
Secara ringkasnya toleransi merujuk kepada sikap pegangan kehidupan dalam masyarakat yang memberi erti tidak idealisme, tidak fanatik, tidak ‘selfish’, iaitu mementingkan diri sendiri, mempunyai sikap keterbukaan, realistik, muafakat, tolak ansur, sabar dan menghormati hak orang lain.

Mereka yang mengamalkan sikap toleransi berupaya menanggung sesuatu tekanan atau berupaya menerima kesusahan dan kritikan, boleh berkorban untuk orang lain, bersikap terbuka, berlapang dada dan boleh menerima kepelbagaian.

Toleransi menurut perspektif Islam adalah berasaskan ta'awanu alal-birri wattaqwa (التقوى و البر على تعاونوا (iaitu bekerjasama di atas dasar kebaikan dan taqwa.

Perbezaan agama dan kepelbagaian budaya bukanlah alasan untuk tidak berlaku adil dan bertoleransi sesama manusia.

Bahkan bersikap adil dan berkelakuan baik terhadap orang lain yang berbeza pegangan merupakan sebahagian daripada syarat terpenting yang membawa kepada toleransi.

Firman Allah di dalam surah alMumtahanah ayat 8:Bermaksud: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.”

Perlembagaan Persekutuan yang digubal menjelang Kemerdekaan Tanah Melayu jelas mengandungi nilai-nilai toleransi iaitu supaya berlaku adil kepada semua kaum dan menerima kepelbagaian yang wujud.

Kontrak sosial telah dipersetujui dengan persefahaman antara kaum diikat kuat di dalam Perlembagaan Persekutuan dan diterima pemimpin pelbagai kaum dengan amalan nilai-nilai toleransi sesama manusia.

Sebagai umat Islam, kita tidak seharusnya tersilap langkah dalam memahami tuntutan toleransi ummah ini. Perlu diingat, toleransi yang dimaksudkan hendaklah berteraskan kepada prinsip Islam yang berlandaskan kepada al-Quran dan alsunnah.

Pada masa yang sama, kita juga tidak boleh mengetepikan apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita hendaklah menjiwai makna toleransi dengan sentiasa bersikap terbuka dan saling menghormati antara satu sama lain.

Keharmonian kaum dan perpaduan rakyat dalam negara ini sebenarnya wujud berasaskan kepada gabungan kepelbagaian faktor antaranya melalui semangat kerjasama, kompromi dan persefahaman.

Janganlah ada antara kita cuba menghancurkan apa yang telah kita capai selama ini melalui sifat toleransi, persefahaman dan bertolak ansur.

Janganlah kita membiarkan fahaman yang ekstrem menguasai pemikiran pihak yang berkepentingan dan berniat jahat untuk memecahbelahkan negara yang kita cintai.

Ingatlah bahawa tanah inilah tempat kelahiran kita, rumah kita, tempat mengalirkan keringat untuk kita mencari rezeki bagi menyara diri dan keluarga kita dan akhirnya sebagai tempat persemadian kita

Sebagai umat Islam yang berpegang teguh dengan panduan dan pedoman alQuran dan as-Sunnah, amat penting untuk kita menampilkan contoh yang terbaik kepada masyarakat bukan Islam.

Lantaran itu Rasulullah berpesan agar kita mengamalkan akhlak terpuji dan jangan menyakiti orang lain. Sabda Rasulullah melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi: Mafhumnya: “Daripada Abu Musa al-Asy’ari berkata: Suatu ketika, Rasulullah ditanya, “Orang Islam yang bagaimanakah paling utama?” Nabi bersabda, “Ialah seorang Muslim yang mana orang-orang Muslim (lainnya) selamat dari keburukan mulut dan tangannya”.

Sikap melampau sebenarnya akan merosakkan perpaduan masyarakat dan seterusnya akan melemahkan kestabilan sosio-politik negara.

Usahlah kerana kepentingan diri yang sempit, kita sanggup meruntuhkan perpaduan yang telah lama terbina dan menggadai kuasa dan maruah yang ada.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekalian untuk menghayati intipati khutbah sebagai pedoman hidup, antaranya:

Pertama : Islam yang membawa rahmat kepada seluruh alam adalah agama yang berteraskan toleransi sesama manusia

Kedua : Toleransi dalam Islam hendaklah berteraskan kepada al-Quran dan alsunnah

Ketiga : Nilai-nilai toleransi merupakan asas kepada keharmonian dan keamanan masyarakat majmuk.

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya(akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat, ayat 13)
Tags: khutbah, toleransi, ummah
Subscribe

Posts from This Journal “toleransi” Tag

  • Friday Sermon Text The Beauty Of Tolerance

    Friday Sermon Text 23 September 2016AD / 21 Zulhijjah 1437H JAWI The Beauty Of Tolerance It is sad to see that disputes which lead to the…

  • Islam dan sikap toleransi agama

    ISLAM adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam. Agama ini menekankan pentingnya sikap tasamuh (toleransi) dan keadilan di­tegakkan…

  • Toleransi resam rumah tangga

    SETIAP pasangan berkahwin pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumah tangga yang dibina serta harus bersikap terbuka dan menerima segala…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments