mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat “Fahaman Liberal Perosak Akidah”

Petikan Khutbah Jumaat 21 September 2018M / 11 Muharram 1440H:JAIS

“Fahaman Liberal Perosak Akidah”.

Liberalisme adalah satu fahaman yang menuntut kebebasan berfikir tanpa batasan dan menolak prinsip kebenaran agama Islam serta mengambil jalan mudah dalam beragama.
jais.jpg
Melalui fahaman liberal ini, pemikiran umat Islam diadun dengan acuan kebebasan tanpa batasan, iaitu bebas melakukan apa sahaja tanpa sekatan, kongkongan atau diskriminasi yang dianggap sebagai kebebasan asasi. Sekiranya disekat, dihalang atau didakwa, maka golongan ini dengan pantas mencanang satu dunia bahawa hak kebebasan mereka telah dicabuli.

Pejuang fahaman liberal juga mendakwa bahawa agama Islam mengikat, jumud, membataskan kemajuan malah cuba menakut-nakutkan masyarakat dengan menafikan pelaksanaan undang-undang Islam yang didakwa sebagai tidak mengikut perlembagaan, kerana dianggap tidak adil, zalim, dan tidak sesuai dilaksanakan dalam kepelbagaian kaum dan agama sedangkan agama Islam adalah agama yang syumul, yang diturunkan oleh Allah SWT yang maha mengetahui, lengkap meliputi peraturan, undangundang yang mengatur kehidupan manusia dalam semua aspek untuk kesejahteraan hidup manusia.

Secara khusus beberapa bentuk bahaya fahaman liberal terhadap kesucian akidah umat Islam:

Pertama: Fahaman liberal membawa kepada fahaman semua agama adalah sama. Golongan liberalisme dan pluralisme menolak wujudnya kebenaran Islam dan menyatakan semua agama adalah sama yang menganjurkan kepada kebaikan.

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 85:“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak adalah orang-orang yang rugi”.

Kedua: Fahaman liberal memperjuangkan fahaman sekular, Bahaya fahaman sekular terhadap akidah apabila seseorang berkeyakinan bahawa agama adalah urusan peribadi dan agama hanya dihadkan dalam ruang lingkup upacara agama semata-mata.

Ketiga: Fahaman liberal berpaksikan logik akal semata-mata. Sesungguhnya serangan ideologi liberal telah mencacatkan pemikiran umat Islam. Golongan ini hanya menggunakan logik akal untuk menilai sesuatu kebaikan dan keburukan lantas menolak al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber hukum.

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 83:“Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari selain daripada agama Allah? padahal kepada-Nyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadanya lah mereka dikembalikan”.

Al-Quran dan al-Sunnah merupakan rujukan dan pegangan umat Islam dan bukan hanya berpandukan akal semata-mata yang sangat terbatas.

Mengakhiri khutbah Jumaat pada hari ini, mimbar menyeru kepada seluruh umat Islam supaya:

1. Umat Islam hendaklah berpegang teguh dengan ajaran Islam sesuai dengan pegangan akidah Ahli Sunah Wal-Jamaah dalam aspek akidah, syariat dan akhlak.

2. Umat Islam hendaklah memastikan agar tidak terpedaya dengan pemikiran liberal yang boleh merosakkan iman dan akidah.

3. Umat Islam hendaklah merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah, dan sumber-sumber hukum yang muktabar serta tidak hanya membuat tafsir secara logik akal semata-mata.

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”. (al-Ahzab : 36).
Tags: khutbah, liberal
Subscribe

Posts from This Journal “liberal” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments