mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat : “Menjaga Kemuliaan Dan Kesucian Masjid”

Petikan Khutbah Jumaat 28 Sept 2018M /18 Muharam 1439H:JAIS

“Menjaga Kemuliaan Dan Kesucian Masjid”.

Masjid adalah tempat berkembangnya syiar Islam dalam sesebuah kariah, tempat membina kekuatan ilmu, iman dan akhlak, menjadi pusat perpaduan ummah yang kukuh dan nadi kepada pembangunan ummah.

Masjid juga merupakan kawasan zon aman dan selamat.

jais.jpgMasjid berupaya melahirkan ummah yang berkualiti dan mampu mara maju ke hadapan mendahului umat yang lain.

Masjid juga merupakan satu tempat di mana Rasulullah SAW memberi jaminan kepada manusia untuk mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan, iaitu lelaki yang hatinya sentiasa terikat untuk hadir ke masjid bagi menjalankan aktiviti solat, beriktikaf, berzikir, mentadabbur al-Quran, mendengar kuliah dalam majlismajlis ilmu dan menyertai aktiviti-aktiviti yang lain.

Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 18 yang telah dibaca diawal khutbah tadi yang bermaksud: “Bahawasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjidmasjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk”.

Dewasa ini kemuliaan dan kesucian masjid telah dinodai oleh perbuatan-perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Kita sering mendapat laporan mengenai kejadian kecurian tabung masjid. Kes-kes kecurian yang dilaporkan dari hari ke hari amat membimbangkan. Ianya melibatkan pelbagai golongan yang terdiri daripada orang dewasa atau remaja.

Semua ahli qaryah perlu bertanggungjawab terhadap kesucian, kebersihan dan keselamatan Masjid. Mari kita renung ayat 108 surah at-Taubah antara lain menjelaskan mengenai kepentingan masjid sebagai tempat mencetuskan rasa takwa kepada Allah SWT dan tempat penyucian diri.

Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 108:“Dalam Masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”.

Masjid bukanlah tempat untuk menanam bibit-bibit kebencian antara satu golongan dengan yang lain dan ia bukan tempat mewujudkan perpecahan di kalangan umat. Ia juga bukan tempat untuk menabur fitnah atau dijadikan gelanggang perbalahan untuk mencaci atau mencerca pihak yang tidak sehaluan.

Sebuah hadis daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu, baginda SAW menyifatkan bahawa Masjid adalah tempat yang mulia dan tempat yang paling disukai oleh Allah SWT.

Sabda Nabi SAW:“Negara yang paling disukai oleh Allah adalah Masjid-masjid-Nya”. (Riwayat Muslim).

Mengadakan majlis pernikahan di dalam masjid adalah harus hukumnya. Sebuah hadis daripada Anas Bin Malik Radiallhu Anhu bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya masjid-masjid tidak wajar untuk dijadikan tempat kencing dan melakukan kekotoran serta membuang sampah. Ia hanya untuk dijadikan tempat mengingati Allah, solat dan membaca al-Quran.” (Riwayat Muslim).

Setiap muslim dan masyarakat setempat hendaklah berperanan dalam memakmurkan masjid, kerana memakmurkan rumah Allah itu adalah bukti mensyukuri nikmat Allah SWT dan tanda iman.

Sabda Nabi SAW melalui sebuah hadis daripada Abu Said al-Khudri Radiallahu Anhu:“Apabila kamu melihat orang yang berulang alik ke masjid, maka saksikanlah bahawa dia adalah orang yang beriman”. (Riwayat al-Tirmizi).

Mengakhiri khutbah hari ini, kesimpulan yang dapat kita ambil pengajarannya adalah:

1. Umat Islam hendaklah menyakini bahawa Masjid adalah tempat menjana ketaqwaan kepada Allah SWT.

2. Umat Islam hendaklah menjadikan Masjid sebagai wadah penyatuan umat Islam serta menghidupkan peranan Masjid dengan segala program dan aktiviti keagamaan.

3. Semua pihak termasuk Pentadbir masjid dan ahli qaryah perlu berganding bahu menjaga kemuliaan, kebersihan dan keselamatan masjid.

“(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar Dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah Ibadat Yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan Ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang”. (al-Nur : 36).
Tags: khutbah, masjid
Subscribe

Posts from This Journal “masjid” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments