mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: Hikmah Di Sebalik Ujian Allah

Petikan Khutbah Jumaat: 5 Oktober 2018 / 25 Muharram 1440 JAKIM

Hikmah Di Sebalik Ujian Allah

Sebagai orang yang beriman, kita pasti akan diuji oleh Allah dengan pelbagai cubaan dan dugaan bagi mengetahui kualiti keimanan hamba-Nya. Kita juga akan menyedari kedhaifan diri dan mengakui kekuasaan Allah melalui ujian yang ditempuh.

jakim.jpgFirman Allah dalam surah Al-‘Ankabut ayat 2 – 3:“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta.”

Dengan itu, Allah akan menguji manusia melalui bencana, malapetaka, kesusahan dan kepayahan bagi melatih kesabaran serta memperteguhkan keimanan dalam melaksanakan perintah dan menjauhi larangan Allah .

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 155-156:“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit  ﴾ ketakutan, kelaparan, dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.”

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang meringankan satu kesusahan seorang mukmin, Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang memudahkan urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkan untuknya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa menutupi (aib) saudaranya sesama muslim, Allah menutupi (aib) nya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya.”

Antara bentuk ujian Allah ialah bencana alam gempa bumi yang berlaku disebabkan oleh pergerakan mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Pergerakan ini terjadi apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi terlepas dalam bentuk geseran batu.

Pergerakan ini terjadi apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi terlepas dalam bentuk geseran batu. Kekuatan gempa bumi digredkan daripada satu hingga sembilan berdasarkan skala Richter. Skala 7 sehingga 10 merupakan tahap gegaran yang paling kuat yang boleh menyebabkan kehancuran dahsyat dan mencetuskan Tsunami.

Dunia telah menyaksikan beberapa siri kejadian gempa bumi yang amat dahsyat sehingga mengorbankan ratusan ribu nyawa manusia dalam sekelip mata sahaja. Umapamanya gempa bumi terkuat pernah berlaku adalah di Chile pada tahun 1960 yang mencatatkan gegaran pada skala 9.5 skala richter. Seterusnya, di Tangshan, China pada tahun 1976 dengan kekuatan mencapai angka 8.3 skala richter dan merekodkan kematian lebih 200,000 mangsa. Tanggal 26 Disember 2004, dunia digemparkan dengan tragedi bencana alam akibat gegaran gempa dengan kekuatan 9.3 skala ritcher mengakibatkan Tsunami yang meragut kira-kira 250,000 nyawa di Aceh, Indonesia dan tujuh buah negara lain.

Yang terkini, pada Jumaat 28 September yang lalu, kita sekali lagi dikejutkan dengan gempa bumi berukuran 7.4 skala richter dan tsunami yang melanda bandar Palu dan Donggala di Sulawesi, Indonesia. Sejumlah 30,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan 1.5 juta penduduk menerima kesan yang teruk akibat bencana alam tersebut. Seramai 1,234 penduduk terkorban dan sebahagian besar lagi mangsa mengalami cedera parah.

Kita semua menzahirkan rasa simpati atas musibah ini dan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat. Sesungguhnya ini adalah merupakan ujian dan ketentuan takdir Allah buat hamba-Nya yang tidak mampu untuk kita menghalangnya sebagaimana firmanNya dalam surat At-Taubah ayat 51: “Katakanlah: Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun گ﴾ melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal.”

Islam sebagai agama rahmatan lil 'alamin (membawa rahmat kepada sekalian alam) amat mengambil berat tentang kebajikan seluruh umat manusia tanpa mengira pangkat, darjat, keturunan, agama dan bangsa.

Mengakhiri khutbah hari ini, marilah kita menghayati rumusan khutbah berikut:

Pertama: Meyakini bahawa setiap kejadian bencana merupakan ujian dan peringatan yang berlaku atas kekuasaan takdir Allah .

Kedua: Mempunyai sifat belas kasihan dan prihatin terhadap mangsa bencana dan menghulurkan segala bentuk pertolongan yang termampu.

Ketiga: Menyedari hikmah di sebalik bencana yang menimpa yang perlu diinsafi dan diambil iktibar.

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”
Tags: hikmah, khutbah, ujian
Subscribe

Posts from This Journal “hikmah” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments