?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Petikan Khutbah Jumaat: 12 Oktober 2018 / 3 Safar 1440H JAKIM

Masyarakat Cakna, Negara Sejahtera

Prinsip agama Islam selain menjaga hubungan dengan Allah (من لٌ حب هللا ,(kita juga dituntut untuk menjaga hubungan sesama manusia (الناس من لٌ .(حب

jakim.jpgDalam hal ini, Ibn ’Asyur pernah berkata, “antara Maqasid Syariah yang terpenting ialah menjaga sistem kehidupan manusia dan memperbaikinya ke arah kebaikan meliputi aspek pemikiran, pekerjaan serta hubungan sesama manusia bagi mewujudkan kehidupan yang sempurna.”

Sabda Rasulullah seperti diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:“Tidak beriman seseorang itu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya”

Berdasarkan peringatan Rasulullah ini maka mimbar menyeru para jemaah dan umat Islam sekalian agar sentiasa cakna dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling khususnya dalam melaksanakan tuntutan “amr bil ma’ruf” (menyuruh melakukan kebaikan) dan “nahi ’an al-munkar” ke arah mewujudkan umat terbaik ّمة) أ خير (bertepatan dengan firman Allah di dalam surah Ali ’Imran ayat 110:“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada yang mungkar, serta kamu pula beriman kepada Allah.”

Tuntutan menyuruh kepada “makruf” dan mencegah “kemungkaran” perlu dijadikan sebagai agenda utama umat Islam dalam pembentukan keperibadian dan kekuatan ummah masa kini.

Corak kehidupan individualistik yang mengetepikan kehidupan bermasyarakat perlu dikikis dalam minda umat Islam supaya setiap daripada kita cakna dengan tanggungjawab di antara satu sama lain.

Kekuatan umat Islam dan kesejateraan negara adalah berasaskan kepada kesatuan dan permuafakatan dalam hal ehwal kehidupan sama ada berkaitan ekonomi, politik dan sosial.

Sabda Rasulullah menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:“Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan. Mereka saling memperkuat antara satu sama lain.”

Bagi memperkukuhkan kekuatan ummah maka setiap muslim bertanggungjawab memelihara kesejahteraan dalam semua aspek kehidupan.

Sikap prihatin, tegur menegur, dan bertindak terhadap perkara yang mungkar perlu dilakukan dengan penuh hikmah kebijaksanaan dan secara kolektif, ia bukan sahaja dibebankan kepada individu dan agensi tertentu sahaja.

Rasulullah telah mengingatkan kita melalui hadis yang diriwayatakan oleh Imam Muslim:Daripada Abu Said al-Khudry berkata aku mendengar Rasulullah bersabda: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangan, sekiranya tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu, hendaklah dia mengubah dengan hati, dan itu selemah-lemah iman.”

Kekuatan dan ketahanan agama bergantung kepada keperibadian dan corak pemikiran remaja. Mereka adalah pemangkin kepada umat Islam untuk meneruskan perjuangan menegakkan syariah Islam pada masa akan datang.

Dalam era globalisasi pengaruh kehidupan hedonisme, unsur-unsur lucah dan corak kehidupan yang bertentangan dengan fitrah manusia seperti gay dan lesbian tersebar begitu pantas dalam media massa elektronik.

Jika remaja tidak diasuh dengan pendidikan kerohanian dan kefahaman Islam secara serius maka corak pemikiran dan keperibadian remaja lebih cenderung kepada perkara-perkara yang boleh menghakis akidah dan corak kehidupan umat Islam.

Oleh itu, mimbar menyeru para jemaah supaya menunjukkan sikap cakna dan bertanggungjawab kepada setiap individu Islam terutamanya kanak-kanak dan remaja kerana mereka adalah individu yang akan mewarisi syariah dan syiar Islam pada masa hadapan.

Islam telah menggariskan panduan utama dalam menjana masyarakat yang cakna iaitu kita hendaklah kita berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenar, mengamalkan sikap toleransi dan kesamaan serta menjauhi segala sifat mazmumah (keji) yang boleh memecah belahkan kekuatan, menghilangkan rasa kasih sayang dan kepercayaan sesama umat Islam.

Mengakhiri khutbah ini, mimbar merumuskan bahawa umat Islam perlu sentiasa cakna dan bertanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling dengan:

Pertama: melaksanakan tuntutan “amr ma’ruf” dan “nahi mungkar”

Kedua: Menjana kekuatan kerohanian dan jati diri remaja yang akan mewarisi syariah dan syiar Islam pada masa hadapan.

Ketiga: mematuhi ajaran Islam, mengamalkan sikap toleransi dan menjauhi segala sifat keji.

“Dan hendaklah ada dalam kalangan kamu satu puak yang menyeru ۀ﴾ (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.” (Surah Ali Imran: 104)

Latest Month

December 2018
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow