mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: “Tanggungjawab Memelihara Agama”

Petikan Khutbah Jumaat: 19 Oktober 2018 / 01 Safar 1440 JAKIM

“Tanggungjawab Memelihara Agama”

Malaysia adalah sebuah negara yang menobatkan Islam sebagai agama persekutuan. Manakala Islam yang diamalkan pula adalah berasaskan akidah, syariah dan akhlak berteraskan pegangan Ahli alSunnah Wal-Jamaah.
jakim.jpg
Kita juga amat meyakini bahawa Islam yang dibawa Nabi Muhammad dengan misi rahmatan lil alamin adalah satu-satunya ajaran yang benar lagi diredhai oleh Allah bertepatan dengan firman-Nya dalam Surah Ali Imran ayat 19:“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.”

Dan firman-Nya lagi:“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu.”

Setiap individu hidup di bawah prinsip keadilan dan toleransi dalam kepelbagaian masyarakat tanpa ada paksaan kepada penganut agama lain untuk memeluk Islam.

Fitrah manusia dipelihara tanpa sebarang unsur diskriminasi kerana perbezaan warna kulit, kabilah dan agama yang berbeza serta menjalani kehidupan dengan penuh aman dan harmoni.

Kekuatan dan kesatuan ummah ketika itu menjadi asas kepada kegemilangan Islam sehingga terpelihara daripada sebarang ancaman, bahkan berkembang ke seluruh pelusuk bumi.

Realitinya kita dilihat tidak berdaya saing dan tidak berupaya dalam serba-serbi disebabkan perpecahan dan pergeseran.

Apabila kita lemah dan berpecah belah maka akan muncullah golongan yang tidak menyenangi Islam dengan membawa pelbagai tuntutan dan ancaman, bahkan ada yang menghina Islam dan institusinya di atas hujah kebebasan hak asasi manusia

Kita semua berperanan mengatur strategi mengikut kemampuan masing-masing untuk memelihara dan mempertahankan Islam dalam kerangka Perlembagaan Malaysia.

Menegakkan Islam tidak boleh lari dari kerangka dakwah dan methodologinya sebagai agama rahmah seiring dengan firman Allah dalam Surah An-Nahl, ayat 125:“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat pengajaran yang baik, dan bahaskanlah mereka secara yang baik.”

Apabila kita menyedari kelemahan yang menjadi punca kita tidak mampu memelihara agama dengan baik, maka sewajarnya kita sebagai umat Islam di negara ini perlu berganding bahu untuk mengembalikan kekuatan ummah dengan usaha-usaha berikut, iaitu:

Pertama: Memahami dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.

Kedua: Memperkasakan Institusi Raja-raja Melayu dan menjalankan amanah isntitusi tersebut dalam mengurus dan melaksanakan Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Ketiga: Menguatkan ikatan persaudaraan dan perpaduan umat Islam di Malaysia

Keempat: Memastikan segala dasar-dasar pengurusan dan pemeliharaan Islam dilaksanakan secara kolektif dan tuntas.

Kelima: Memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat berkaitan feqah kenegaraan, fekah Realiti yang menjurus kepada feqah Malaysia agar usaha menangani cabaran semasa lebih tersusun dan terarah.

Sehubungan dengan itu, penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu pada 10 Julai 2018 yang lalu merupakan langkah yang amat tepat bagi memperkasakan Islam di Malaysia.

Antara elemen yang membantu dalam memelihara Islam dan memartabatkan negara adalah pemeliharaan data dan statistik, ia bukan sahaja berkaitan pengurusan hal ehwal Islam tetapi juga berkaitan data penting pentadbiran negara. Ilmu statistik ini tidak hanya terhad dalam kalangan ahli statistik sahaja, tetapi menjadi tanggungjawab setiap individu untuk memahami dan menggunakan statistik dalam setiap urusan kehidupan.

Oleh itu, bersempena Hari Statistik Negara yang disambut pada 20 Oktober setiap tahun, mimbar juga turut menarik perhatian para Jemaah tentang kepentingan statistik yang membantu dalam merumus kesimpulan secara saintifik berasaskan fakta.

Statistik yang tepat dan berkualiti, diiringi dengan kefahaman yang tinggi dalam kalangan masyarakat terhadap kandungan maklumat yang dikeluarkan akan menghasilkan keputusan yang tepat, agihan sumber yang efektif, meningkatkan daya saing, meningkatkan tahap kecekapan dan pembangunan mapan.

Akhir sekali, dengan mengambil iktibar daripada khutbah pada hari ini, mimbar mengajak sidang jemaah dan seluruh umat Islam agar bersama-sama berusaha memelihara agama atau hifzuaddin (الدين حفظ (sebagai prinsip paling utama Maqasid Syariah melalui usaha-usaha berikut:

Pertama: Meletakkan kepentingan agama di tempat yang teratas dan paling utama dalam segala urusan.

Kedua: Memperkasa kekuatan dan kesatuan ummah agar berupaya memelihara agama yang membawa rahmat dan memayungi umat yang bernaung di bawah pemerintahan Islam.

Ketiga: Mempertahankan Islam dalam kerangka Perlembagaan Malaysia dan dalam skop kemampuan serta keupayaan masing-masing

“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim di antara mereka, hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat; dan mereka itulah orang yang beroleh kejayaan.” Surah al-Nur, ayat 51
Tags: agama, khutbah, statistik
Subscribe

Posts from This Journal “agama” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments