mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat : “Akhlak Mulia Cerminan Solat Sempurna”

Petikan Khutbah Jumaat :26 Okt 2018M /17 Safar 1440H JAIS

 “Akhlak Mulia Cerminan Solat Sempurna”

Keutuhan sesuatu masyarakat adalah bergantung kepada ketinggian budi pekerti. Dengannya manusia menjadi mulia dan dihormati serta disegani, hidup bahagia dan sempurna. Budi pekerti yang mulia meliputi aspek-spek berikut:
jais.jpg
Pertama: Pertuturan. Pertuturan merupakan antara cara utama seseorang itu untuk berkomunikasi dengan seseorang yang lain. Hal ini boleh mewujudkan interaksi yang pelbagai rupa samada baik atau buruk. Tanpa kawalan dari hati yang baik, ianya boleh menzahirkan pertuturan yang buruk.

Sebuah hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu beliau berkata bahawa: “Rasulullah SAW ditanya mengenai amalan yang boleh memasukkan seseorang itu ke dalam syurga. Baginda menjawab, Bertaqwa kepada Allah dan berakhlak mulia. Seterusnya baginda SAW ditanya pula mengenai kebanyakan amalan yang akan memasukkan manusia ke dalam neraka?. Baginda menjawab, Disebabkan mulut dan kemaluan”. (Riwayat al-Tirmizi)

Ini menunjukkan bahawa pertututan seseorang manusia akan membawa ke neraka sekiranya tidak dijaga.

Kedua: Tingkah Laku. Tingkah laku ialah perbuatan atau perilaku seseorang yang dapat dilihat dengan mata kasar dengan mudah. Suatu perbuatan itu dikatakan berakhlak mulia apabila seseorang itu melakukan perbuatan yang baik. Itulah sifat Mahmudah. Sebaliknya, perbuatan itu dikatakan buruk ialah apabila seseorang itu melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. Dan itulah sifatsifat yang mazmumah.

Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 134 yang bermaksud: “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orangorang yang berbuat perkara yang baik.”

Ketiga: Pakaian. Dalam Islam, cara berpakaian telah diajar dengan mudah dan lengkap sesuai dengan fitrah kehidupan manusia. Namun, hal ini telah dicampuri dengan unsur-unsur serta budaya asing yang sekaligus merosakkan dan mempengaruhi orang Islam. Ini menjadikan pemakaian orang Islam bukan lagi berunsur ibadah, tetapi berunsur fesyen dan mengikut hawa nafsu semata-mata.

Firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 26:“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaikbaiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”

Sesungguhnya Allah SWT telah mengajar kita untuk menampilkan kesemua akhlak yang mulia ini melalui ibadah solat. Apabila kita fahami hakikat solat yang didirikan, ia mampu memupuk dan membentuk diri seseorang muslim untuk menunjukkan akhlak yang mulia melalui pertuturan, tingkah laku dan pakaian.

Bermula dari niat sehingga memberi salam, solat yang diperintahkan oleh Allah SWT ini telah mencakupi keseluruhan cara hidup seseorang mukmin. Sebagai contoh, dalam akhlak pertuturan, bacaan solat yang dibaca dengan khusyuk dan sempurna telah mengajar kita untuk bertutur dengan baik apabila berada diluar solat. Manakala pergerakan dan perbuatan dalam solat pula telah menterjemahkan bahawa diluar solat pun kita wajib menampilkan perbuatan dan tingkah laku yang baik apatah lagi jika ianya dilakukan secara berjemaah yang menunjukkan kepentingan hormat menghormati dan ketaatan dalam masyarakat.

Tuntasnya akhlak yang mulia adalah cerminan daripada solat yang sempurna. Hadis sahih daripada Abu Darda Radhiallhu Anhu bahasawanya Nabi SAW bersabda: َ “Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat dalam timbangan amalan seseorang mukmin di hari kiamat daripada akhlak yang mulia.” (Riwayat al-Tirmizi).

Solat yang sempurna merupakan tonggak utama dalam mencorakkan keperibadian diri seseorang muslim agar keimanan dan ketakwaan dapat diraih. Bukan hanya berpenampilan baik dan sempurna semasa solat sahaja, malah di luar solat pun sama, kita wajib berpenampilan yang baik sepertimana kita solat.

Oleh kerana itulah, Saidina Umar Radhiallahu Anhu sangat mementingkan ibadah solat kepada pegawai-pegawainya dengan berkata:“Sesungguhnya yang paling penting dari urusan kalian adalah solat. Barangsiapa yang menjaganya dan memeliharanya maka dia telah menjaga agamanya. Barangsiapa menyia-nyiakannya, maka amalan yang lainnya akan lebih terabaikan.”

Hadirin yang dikasihi Allah sekalian, Mengakhiri khutbah pada kali ini, khatib menyeru dan mengajak seluruh umat Islam supaya menghayati beberapa pengajaran berikut untuk dijadikan sebagai pedoman hidup kita, antaranya:

1. Umat Islam wajib meyakini bahawa ibadah solat adalah amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah SWT.

2. Umat Islam hendaklah mendirikan solat dengan sempurna kerana hanya dengan solat yang sempurna sahaja mampu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar.

3. Umat Islam wajib berakhlak dengan akhlak yang mulia iaitu dengan menghiasi diri dengan sifat-sifat yang terpuji serta menjauhi sifatsifat yang keji.

4. Umat Islam hendaklah memastikan diri, keluarga dan masyarakat agar tidak meninggalkan solat kerana ianya boleh mengundang kemurkaan Allah di dunia dan akhirat.

“Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata: “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?”. Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang”. (al-Mudassir : 42-43).
Tags: akhlak, khutbah, mulia, solat
Subscribe

Posts from This Journal “akhlak” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments