mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: “Manfaatkan Cuti Sekolah”

Petikan Khutbah Jumaat 23 Nov 2018M /15 Rabi’ul Awwal 1440H: JAIS

“Manfaatkan Cuti Sekolah”. 

Cuti sekolah kembali lagi. Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak yang bersekolah lantaran mereka tidak lagi terikat dengan buku-buku pelajaran, aktiviti kokurikulum atau pun kelas tambahan.
jais.jpg
Inilah masanya untuk mereka berehat, berseronok dan melakukan sesuatu yang digemari mereka akibat kekangan masa dan peluang sewaktu sesi persekolahan berlangsung.

Justeru, kita hendaklah memastikan anak-anak tidak leka dan mensia-siakan masa lapang yang amat berharga. Hadis daripada Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu: “Dua nikmat yang sering memperdaya manusia: Kesihatan dan kelapangan masa.” (Riwayat al-Bukhari).

Ingatlah masa itu ibarat emas. Ungkapan ini biasa disebut-sebut bagi menggambarkan betapa masa itu sangat berharga. Ini kerana perkara yang paling berharga setelah memiliki iman dan islam dalam diri adalah masa.

Menerusi al-Quran Allah SWT banyak bersumpah dengan masa sebagai peringatan betapa pentingnya masa kepada kita. Sebagaimana maksud ayat yang dibacakan di awal khutbah tadi dalam surah al-Asr ayat 1- 3.

Selain itu Allah SWT juga sering menggambarkan kepentingan masa dengan menyebut demi waktu Dhuha,  Dan malam apabila ia sunyi-sepi Dan siang, apabila ia mulai terang.

Imam Fakhruddin al-Razi ketika mentafsirkan surah al-Asr berkata:“Seolah-olah Allah Taala bersumpah bahawa masa dan waktu itu adalah nikmat yang berhasil, tiada aib padanya, hanya sanya yang rugi dan aib itu adalah manusia”. (Tafsir al-Kabir).

Orang yang bijak adalah orang yang menggunakan masa dengan sebaik-baiknya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua-dua orang ibu bapanyalah yang akan menjadikan anak itu seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi”.” (Riwayat al-Bukhari).

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang cuti sekolah adalah:

1. Imarah masjid melibatkan anak-anak dengan aktiviti-aktiviti masjid seperti solat berjemaah, kelas pengajian, hafazan al-Quran, kelaskelas fardu ain, smart solat, daurah-daurah dan sebagainya.

2. Rehlah dan berkelah. Dengan kata lain melancong dan berkelah ke mana-mana destinasi. Melalui aktiviti ini, ia dapat memberi peluang kepada mereka untuk mengenali dunia luar sekali gus melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 11: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orangorang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu.”

3. Kem Cuti Sekolah. Program ini biasanya memuatkan pelbagai aktiviti yang berasaskan motivasi pembinaan dan pembangunan serta sahsiah diri, kerohanian, akhlak dan ibadah dan seumpamanya. Di samping mendapat ilmu, pengalaman dan mengenali rakan-rakan baru.

4. Ziarah menziarahi keluarga terdekat dan jauh supaya dapat mengenali dan eratkan hubungan kekeluargaan serta mengukuhkan hubungan silaturrahim.

Hadis daripada Anas bin Malik Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Siapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah menyambung hubungan silaturrahim.” (Riwayat al-Bukhari).

Pengawasan dan pemantauan ibu bapa adalah sangat penting bagi mengelakkan mereka mendapat kemudaratan serta terlibat dengan gejala yang tidak bermoral.

Perkara ini telah diperingatkan oleh Allah SWT dalam surah al-Tahrim ayat 6:“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

Mengakhiri khtbah pada hari ini, marilah kita sama-sama mengamati beberapa taujihat dan saranan yang terkandung di dalamnya:

1. Umat Islam hendaklah yakin bahawa masa adalah amat penting dalam kehidupan seseorang muslim dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

2. Umat Islam wajib mendidik anak-anak menghargai dan mengisi masa cuti sekolah dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah.

3. Umat Islam sama ada ibu bpa dan masyarakat hendaklah sentiasa memantau dan menjadi mata telinga dalam memastikan anak-anak tidak terlibat dengan perkara-perkara yang sia-sia bahkan memudaratkan diri.

“Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.” (surah al-Tur : 21).
Tags: cuti, khutbah, sekolah
Subscribe

Posts from This Journal “cuti” Tag

  • Manfaatkan masa cuti dengan anak

    CUTI sekolah telah pun bermula sejak Sabtu lalu. Tentunya pelbagai program diatur dalam kepala ibu bapa dan anak-anak. Semuanya bagi mengisi masa…

  • Kalaulah Jumaat hari cuti mingguan

    HARI Jumaat adalah hari paling utama sehingga digelar sayyidul ayyam atau penghulu segala hari. Ia juga adalah hari perhimpunan mingguan bagi umat…

  • Merancang percutian yang berkat

    Ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan cuti persekolahan akhir tahun untuk membawa anak-anak dan keluarga berjalan-jalan atau melancong di…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments