mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat : “Remaja Dan Cabaran Masa Kini?”

Petikan Khutbah Jumaat 11 Jan 2019M /05 Jamadilawal 1440H: JAIS

“Remaja Dan Cabaran Masa Kini?”.

Remaja merupakan asset dan tonggak sesebuah Negara. Oleh itu, pada usia inilah kita berperanan untuk mendekati remaja dan sentiasa mendampingi mereka dengan menunjukkan akhlak yang baik serta membina aqidah mereka sepertimana firman Allah SWT jais.jpgdalam surah Luqman ayat 13;“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: “Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”

Sultan Muhammad al-Fateh yang telah berjaya membuka kota Kostantinopel ketika baginda berusia 19 tahun. Baginda telah dididik sejak kecil oleh ayahnya untuk merealisasikan sabda Rasulullah SAW daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bishrun al-Khath’ami ( سٌ ْ ِش ب ِمي َ ع ْ ث َ خ ْ ل َ ا (Radhiallahu Anhu: “Akan dibuka Kota Kostantinopel, pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera”. (Riwayat Ahmad).

Kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh ini adalah disebabkan kuatnya hubungan baginda dengan Allah SWT. Baginda adalah seorang yang sangat warak, tidak pernah meninggalkan solat fardhu berjamaah, sentiasa solat sunat tahajjud dan rawatib sejak baligh hingga kewafatannya.

Perlu diingat bahawa remaja kita pada hari ini wajib dididik dan diberi latihan yang sempurna dengan akidah yang mantap, ibadah yang sahih dan akhlak yang unggul. Semaikanlah dalam jiwa remaja kita agar cintakan masjid dan sentiasa menghidupkan malam dengan beribadah seperti solat dan membaca al-Quran.

Perlu diingat bahawa remaja kita pada hari ini wajib dididik dan diberi latihan yang sempurna dengan akidah yang mantap, ibadah yang sahih dan akhlak yang unggul. Semaikanlah dalam jiwa remaja kita agar cintakan masjid dan sentiasa menghidupkan malam dengan beribadah seperti solat dan membaca al-Quran. “Dan pemuda yang membesar dalam beribadah kepada Tuhannya dan lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid”. (Riwayat al-Bukhari).

Bagi membina dan membentuk golongan remaja Islam yang unggul, berikut adalah beberapa panduan yang perlu dititikberatkan dan diikuti oleh kita semua. Antaranya:

1. Menanam akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah

Islam sangat mementingkan akidah umatnya sentiasa jelas dan kukuh semenjak kanak-kanak lagi. Akidah yang diterima ialah akidah Ahli Sunnah wal-jamaah, mereka wajib dididik dengan pegangan dan keyakinan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah agar dapat menghindar segala fahaman akidah yang menyeleweng dan sesat.

2. Menuntut Ilmu Agama

Ilmu yang wajib dicari selain dari aqidah ialah ilmu syariah dan akhlak serta diamalkan agar menjadi remaja yang kukuh keilmuannya. Ini kerana golongan remajalah yang bakal menjadi pertahanan agama dan negara pada masa hadapan dan menjadi tembok yang kukuh dalam membela Islam.

3. Berakhlak Mulia

Islam sangat menuntut umatnya terutama terhadap generasi muda supaya sentiasa berakhlak dengan akhlak yang mulia seperti menghormati ibubapa, guru-guru, jiran tetangga dan orang-orang yang lebih tua dan sebagainya.

4. Mencari Contoh Tauladan Terbaik

Golongan remaja hendaklah menjadikan Rasulullah SAW, para sahabat baginda, para ulama dan pejuang Islam sebagai contoh ikutan dan tauladan hidup sepanjang zaman. Dengan demikian sahaja mereka akan mencapai matlamat kehidupan yang telah ditetapkan oleh Allah.

5. Hindari Perbuatan Terlarang

Remaja hendaklah mengawal nafsu jahat dan kehendak yang cenderung kepada perbuatan keji dan mungkar seperti mencuri, melakukan zina, rogol, amalan LGBT, minum arak, penyalah gunaan dadah dan lain-lain kemungkaran.

6. Memilih Teman Yang Baik

Setiap remaja hendaklah mencari kawan yang baik dan boleh membawa kepada kebaikan. Oleh sebab itulah, Islam menganjurkan kita mencari teman-teman yang baik.

Hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang itu mengikut agama kawan rapatnya, oleh itu hendaklah setiap seorang itu melihat siapa kawan rapatnya.” (Riwayat al-Hakim).

7. Bijak Memanfaatkan Peluang Yang Ada Terutamanya Usia Muda

Walaupun masa muda masih belum disibukkan dengan banyak komitmen atau tanggungjawab lain, itu tidak bermakna masa remaja boleh dihabiskan dengan hiburan, berfoya-foya begitu sahaja. Padahal masa muda inilah yang seharusnya dijadikan pelaburan pada masa hadapan.

Hadis daripada Ibnu Abbas Radhiaallahu Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pergunakanlah peluang yang lima sebelum datangnya lima perkara; Masa mudamu sebelum datang masa tuamu, masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum datang masa miskinmu, masa kosongmu sebelum datang masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum datang masa kematianmu.” (Riwayat al-Hakim).

Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita sama-sama menghayati intipati daripada khutbah yang dibacakan seperti berikut:

1. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa umur remaja akan dihisab secara khusus oleh Allah SWT di akhirat nanti.

2. Umat Islam hendaklah kembali kepada ajaran agama dengan menunjukkan akhlak yang mulia.

3. Masyarakat Islam hendaklah sentiasa prihatin terhadap pendidikan dan pembentukan akhlak remaja yang merupakan aset yang paling berharga kepada ummah.

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: “Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.” (Surah Luqman : 13).
Tags: cabaran, khutbah, remaja
Subscribe

Posts from This Journal “remaja” Tag

  • Khutbah Jumaat: “Belia Beriman Pewaris Masa Depan Negara”

    Sedutan Petikan Khutbah Jumaat 15 Januari 2016: JAIS “Belia Beriman Pewaris Masa Depan Negara” Generasi muda hari ini adalah…

  • Tarik remaja cintai surau

    TAK kenal maka tak cinta. Begitulah bidalan Melayu yang menggambarkan bahawa kita tidak akan menyukai sesuatu dan mendekati perkara tersebut jika…

  • Kerapuhan iman remaja

    Rumah adalah tempat pertama untuk mendidik anak-anak. Rumah tangga yang tidak selesa penuh dengan kebencian dan ketidakselesaan akan menyebabkan…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments