mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat : “Jom Berjemaah Di Masjid”

Petikan Khutbah Jumaat 01 Feb 2019M / 26 Jumad al- Ula 1440H: JAIS

Jom Berjemaah Di Masjid

Sesungguhnya solat berjemaah mengandungi banyak kelebihan dan fadhilat. Setiap Muslim yang menunaikan solat berjemaah dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah SWT berbanding solat secara bersendirian.
jais.jpg
Rasulullah SAW melalui hadisnya yang diriwayatkan oleh daripada Abdullah Bin Umar Radhiallahu Anhuma bahawa Nabi SAW bersabda: “Solat berjemaah lebih afdal daripada solat secara bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Jika kita dapat mengamalkannya seperti pada solat Jumaat pada setiap solat fardhu, maka keimanan kita akan dijamin oleh Nabi SAW sebagaimana penegasannya melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat orang yang berulang alik ke masjid, maka saksikanlah bahawa dia adalah orang yang beriman”. (Riwayat al-Tirmizi)

Hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Sesiapa yang bersuci di rumahnya, kemudian berjalan ke salah satu rumah Allah (masjid) untuk melaksanakan kewajipan yang Allah tetapkan, maka kedua langkahnya, yang satu menghapus kesalahan dan satu lagi meninggikan darjat.” (Riwayat Muslim).

Bapa sebagai ketua keluarga perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.

Bapa sendiri perlu mempraktikkan amalan solat berjemaah apabila tiba waktu solat dan mengajak anak-anak pergi bersamanya ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah apabila masuk waktu solat.

Selain itu, Ibu dan bapa juga perlu bertanggungjawab mendidik anak-anak akan kepentingan dan keutamaan menunaikan solat berjemaah terutamanya di masjid.

Ini kerana sesiapa sahaja termasuk remaja yang hidupnya sentiasa beribadah kepada Allah dan hatinya sentiasa terpaut dengan masjid akan mendapat naungan Allah SWT di akhirat nanti.

Demi menggalakkan orang ramai hadir berjemaah ke masjid, setiap masjid dan surau boleh mengambil pendekatan yang sesuai dengan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti kelas-kelas tuisyen, tempat-tempat riadah dan lain-lain.

Solat berjemaah di Masjid adalah satu wadah dalam mendidik hati dan jiwa para Jemaah untuk lebih berukhwah dan bersatu padu.

Solat berjemaah juga mampu mengikis sifat pentingkan diri sendiri dan menjadi manusia yang boleh bertolak ansur dan sentiasa tawaduk.

Mengakhiri khutbah hari ini, beberapa taujihat hendaklah diambil perhatian:

1. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa Masjid adalah rumah Allah yang menjana keimanan kepada Allah dan hari akhirat.

2. Umat Islam hendaklah menyedari bahawa Rasulullah SAW pernah memberi amaran dengan mengancam untuk membakar rumah orang-orang yang tidak solat berjemaah di masjid.

3. Umat Islam hendaklah solat berjemaah di masjid sehingga boleh menguatkan hubungan persaudaraan dan perpaduan sesama umat Islam.

4. Umat Islam hendaklah menjadikan masjid sebagai rumah kedua yang akan membawa kita ke syurga.

5. Umat Islam hendaklah memakmurkan rumah Allah setiap lima waktu solat fardhu sehari semalam sehingga menyamai solat Jumaat.

“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjidmasjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Taubah : 18).
Tags: jemaah, khutbah, masjid
Subscribe

Posts from This Journal “jemaah” Tag

  • Khutbah Jumaat Malaysia Prihatin: Peranan Bersama

    Petikan Khutbah Jumaat 26 Februari 2021M/ 14 Rejab 1442H JAWI Malaysia Prihatin: Peranan Bersama Keamanan adalah anugerah dan nikmat Allah SWT…

  • Khutbah Jumaat ~ Indahnya Berjemaah

    Sedutan Petikan Teks Khutbah Jumaat 24 Julai 2015M/ 8 Syawal 1436H JAWI Indahnya Berjemaah Perbuatan maksiat melahirkan maksiat yang lain. Setiap…

  • Jemaah menjauhi masjid

    OLEH kerana tidak tahan sering mendengar ceramah yang dikatakan 'menyimpang', Azrin (bukan nama sebenar) sanggup pergi ke masjid yang…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments