mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat : “Komuniti Kita Tanggungjawab Kita”

Petikan Khutbah Jumaat 22 Feb 2019M / 17 Jumada al-Akhirah 1440H: JAIS

“Komuniti Kita Tanggungjawab Kita”.

Penyalahgunaan dadah merupakan sesuatu yang amat merbahaya kepada masyarakat manusia, sama ada dari segi rohani mahupun jasmani.

jais.jpgKerosakan akibat gejala dadah ini sangatlah besar. Ancamannya bukan sahaja kepada diri penagih, bahkan seluruh ahli keluarga, jiran tetangga, masyarakat dan negara.


Ia bukan sahaja menghilangkan kewarasan akal, melenyapkan keharmonian, menghancurkan kegembiraan, malah akan diwarnai dengan tangisan dan penyesalan yang berpanjangan.

Dadah menjadi punca utama berlakunya jenayah dan maksiat. Menjadi ancaman kepada kesejahteraan masyarakat dan pihak berkuasa. Menjana peningkatan jenayah mencuri, meragut, merompak, merogol, dan membunuh.

Mangsanya bukan hanya orang yang tidak dikenali tetapi sesiapa sahaja termasuk ibubapa sendiri

Islam menyatakan pendirian yang jelas berkenaan hukum penyalahgunaan dadah. Para ulama bersepakat terhadap pengharamannya, kerana kesamaan sifat dan ‘illahnya dengan arak, sesuatu yang memberikan kesan memabukkan dan menghilangkan kewarasan akal. Oleh itu hukum penyalahgunaan dadah adalah haram seperti hukum peminum arak yang dianggap ibu segala maksiat dan kejahatan.

Firman Allah SWT dalam surah Al Maidah ayat 90 “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Hadis riwayat daripada Ibnu Umar Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Setiap perkara yang memabukkan itu adalah arak, dan setiap arak itu hukumnya haram.” (Riwayat Muslim).

Sedarlah bahawa perbuatan itu sebenarnya akan menjauhkan diri daripada Allah SWT. Kadangkala dengan hanya satu perbuatan jenayah sahaja boleh menghancurkan nilai-nilai kehidupan seseorang dan keluarga tersayang, bahkan menyebabkan penyesalan sepanjang hayat .

Sebuah hadis dari Abu Said Al Khudri Radhiallahu Anhu beliau berkata, aku mendengar Rasululah SAW bersabda:“Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim).

Mengakhiri khutbah ini, khatib menyeru kepada jemaah sekalian supaya sentiasa menginsafi diri semasa tubuh badan masih sihat dan masih bertenaga supaya sama-sama bekerjasama memerangi gejala penagihan dadah. Ambillah mengambil pengajaran dari saranan berikut:

1. Umat Islam wajib mematuhi perintah Allah SWT dan meyakini bahawa apa jua perbuatan yang melanggar perintah dan larangan Allah SWT akan menerima balasan azab di dunia hingga ke akhirat.

2. Umat Islam wajib menyeru saudara-saudara muslim kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran termasuk membasmi penyalahgunaan dadah.

3. Umat Islam khususnya ibubapa, hendaklah meluangkan masa, memberi perhatian kepada anak-anak agar mereka tidak terjebak dengan perkara jenayah terutama penyalahgunaan dadah.

“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh Yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas Yang memberi harapan.” (Surah al-Kahfi : 46).
Tags: dadah, khutbah, komuniti, tanggungjawab
Subscribe

Posts from This Journal “dadah” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments