mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat : “Memuliakan Para Sahabat”

Petikan Khutbah Jumaat 08 Mac 2019M / 01 Rejab 1440H: JAIS

“Memuliakan Para Sahabat”. 

Para sahabat Rasulullah SAW adalah generasi paling utama dan terbaik kerana mereka berkesempatan mengambil ilmu secara langsung, berdakwah dan berjihad bersama Rasulullah SAW.
jais.jpg
Para sahabat Rasulullah SAW telah membuktikan betapa mereka sangat mengasihi, menyayangi dan sentiasa memberikan keutamaan kepada setiap arahan atau permintaan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk kepentingan Islam.

Para sahabat sentiasa siap sedia untuk melakukan apa sahaja tindakan yang akan diminta oleh Rasulullah SAW untuk menjaga kepentingan Islam.

Sifat-sifat mulia ini telah mendapat pujian daripada Allah SWT hinggakan mereka dijamin sebagai ahli syurga. Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat ke-100: “Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.”

Empat sahabat Rasulullah SAW yang boleh dicontohi oleh umat Islam adalah seperti berikut:

1. Saidina Abu Bakar al-Siddiq Radhiallahu Anhu berkata, “Sekiranya aku di jalan yang betul, berilah bantuan, sekiranya aku menyimpang, tegurlah aku!.”

2. Manakala Saidina Umar al-Khattab Radhiallahu Anhu berkata: “Kitab suci al-Quran adalah panduanku dan aku akan mengikuti jejak langkah yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan Abu Bakar Radhiallahu Anhu.”

3. Selain itu, Saidina Uthman bin Affan Radhiallahu Anhu juga menyatakan: “Di akhirat, seksaan pedih bagi mereka yang mengingkari Allah dan keampunan serta keredaan dari Allah bagi mereka yang mentaati perintah Allah.”

4. Dan akhir sekali Saidina Ali Karramallahu Wajhah menyatakan: “Seseorang Islam yang sejati seharusnyalah merupakan seorang Islam yang menggunakan lidah dan anggotanya untuk menegakkan kebenaran.”

Kita juga dididik supaya tidak mencela atau mencerca para sahabat Rasulullah SAW kerana mereka amat mulia dan jujur dalam melakukan setiap amalan.

Janganlah sekali-kali kita menghina para sahabat Rasulullah SAW dengan apa cara sekalipun.

Hadis daripada Abi Said al-Khudri Radhiallahu Anhu beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu mencaci para sahabatku! Kalaulah seseorang dari kamu mendermakan emas sebesar gunung Uhud sekalipun, nescaya tidak akan dapat menyamai secupak mahupun setengah (separuh) yang didermakan oleh para sahabat”. (Riwayat al-Bukhari).

Mencintai sahabat Rasulullah SAW adalah tanda keimanan kepada Allah SWT.

Sebaliknya perbuatan menghina, mencaci malah mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW adalah dilarang sama sekali kerana ia boleh menafikan keimanan seseorang bahkan yang berlawanan dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Barra’ bin Azib yang bermaksud: “Tidaklah mencintai kaum Ansar kecuali orang yang beriman. Dan tidaklah membenci mereka kecuali orang munafik. Barangsiapa mencintai mereka nescaya Allah mencintainya. Barangsiapa membencinya, nescaya Allah membencinya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita mengambil beberapa panduan dan pengajaran seperti berikut:

1. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa memuliakan para sahabat Rasulullah SAW adalah merupakan satu kewajipan.

2. Umat Islam hendaklah meneladani dan mencontohi sifatsifat seperti yang dimiliki oleh para sahabat Ridwanullahu Anhum Ajmain.

3. Umat Islam dilarang mencela dan mencaci para sahabat bahkan wajib menjauhkan diri dari golongan yang suka mencerca para sahabat Ridwanullahu Anhum Ajmain.

“Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.” (al-Hasyr : 9)
Tags: khutbah, sahabat
Subscribe

Posts from This Journal “sahabat” Tag

  • Istiqamah sahabat dalam periwayatan hadis

    SAHABAT dalam istilah ilmu hadis ialah mereka yang bertemu dengan Nabi Muhammad SAW dan beriman dengan Baginda SAW kemudian mati juga dalam keadaan…

  • Pengaruh Sahabat

    BERSAHABAT dengan orang warak atau orang yang baik-baik sememangnya dianjurkan oleh Islam kerana perbuatan itu secara tidak langsung akan…

  • Apabila manusia lupa bersahabat dengan alam

    Manusia dan alam ibarat aur dengan tebing. Jika kita menjaga alam sekitar, maka alam juga akan menjaga kita. Tetapi, manusia tetap tidak dapat lari…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments