mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: “Ramadan Bulan Pendidikan”

Petikan Khutbah Jumaat 17 Mei 2019M / 12 Ramadan 1440H: JAIS

“Ramadan Bulan Pendidikan”

Pendidikan adalah sebagai medan jihad. Oleh itu para pendidik yang berilmu hendaklah memainkan peranan sebagai seorang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
jais.jpg
Ramadan al-Mubarak adalah bulan yang sangat mulia disisi Allah Azza Wajalla. Bulan ini adalah medan mendidik orang yang beriman supaya sentiasa meningkatkan ketakwaan bertakwa kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183:“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”

Ibadah puasa bukanlah semata-mata menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi puasa adalah untuk mendidik peribadi menjadi orang yang taat lagi berbudi, berusaha mengingati kebesaran Allah SWT dengan melakukan segala kebaikan dan ketaatan, menjauhi segala larangan dan kemaksiatan, sama ada melalui perkataan, perbuatan ataupun hati.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi daripada Muaz bin Jabal Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda (ت َّ ى ُ ج ُ م ْ َّصى ل َ ا (iaitu puasa itu adalah perisai, perisai yang dapat menahan diri daripada dipengaruhi nafsu jahat.

Demikian juga puasa mendidik kita, membina kesihatan kerana sebahagian penyakit berpunca daripada makanan. Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh al-Tabrani daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu sabdanya, ( َ و ا ْ ى ُّ ِصح َ ىا ج ُ م ْ ى ُص ( berpuasalah kamu, kamu akan beroleh kesihatan.

Melalui ibadah puasa Ramadan mendidik kita hidup sederhana, bersifat sabar, jujur dan ikhlas.

Ramadan mendidik kita mendekatkan diri dengan Allah SWT, melalui solat sunat Tarawih, tadarus al-Quran dan iktikaf dalam masjid.

Ramadan mendidik kita mengukuhkan persaudaraan dan melupakan persengketaan melalui solat secara berjemaah.

Ramadan mendidik kita menjadi orang yang pemurah dengan menginfakkan harta sama ada sebagai zakat, wakaf ataupun sedekah dan juga melalui penyediaan juadah berbuka untuk mereka yang memerlukan.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Sesiapa tidak meninggalkan perkataan bohong dan melakukannya, maka tidaklah ada hajat bagi Allah SWT pada makanannya dan minumannya yang di tinggalkan”. (Riwayat al-Bukhari)

Pendidikan Ramadan juga boleh membentuk individu dengan nilai kekuatan iman, takwa dan dengan semangat jihad yang tinggi.

Sejarah telah membuktikan bahawa Umat Islam dahulu kuat dan berjaya mengalahkan musuh-musuh mereka pada bulan Ramadan. Sebagai contoh Perang Badar Kubra berlaku pada 10 Ramadan tahun kedua hijrah, Pembukaan Kota Mekah berlaku pada 20 Ramadan tahun kelapan hijrah, Salahuddin al-Ayyubi mengalahkan tentera salib dan membebaskan Baitul Maqdis juga berlaku pada bulan Ramadan

Pendidikan amat penting kepada manusia. Selain dari didikan Ramadan, maka didikan daripada guru secara langsung juga telah memainkan peranan sebagai ejen penyebar ilmu, pendidik dan pembina ketamadunan yang utama sepanjang zaman

Tugas guru sebagai pendidik sebenarnya adalah warisan yang diwarisi daripada Rasulullah SAW. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya aku di utuskan bagi menyempurnakan akhlak yang baik.” (Riwayat Ahmad).

Sebagai menghargai besarnya peranan guru, maka 16 Mei ditetapkan sebagai sambutan hari guru peringkat Kebangsaan, tujuannya untuk menghargai jasa dan pengurbanan guru sebagai pendidik dan mengangkat martabat guru dan profesyen perguruan.

Bahkan ketinggian martabat guru telah diangkat oleh Allah SWT sepertimana firman-Nya dalam surah AlMujadalah ayat 11: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat.”

Rasulullah SAW telah menempatkan posisi guru pada tempat yang terhormat. Hal ini telah dinyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Uthman Bin Affan RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.” (Riwayat Al-Bukhari).

Mengakhiri khutbah hari ini, marilah kita mengambil pengajaran daripada pendidikan Ramadan seterusnya menghayati tausiah berikut:

1. Umat Islam wajib meyakini bahawa puasa dalam bulan Ramadan adalah satu kewajipan yang pasti mengandungi hikmat yang banyak.

2. Umat Islam hendaklah berusaha meningkatkan ilmu dengan berguru, kerana ilmu dan guru adalah dua unsur yang tidak boleh dipisahkan.

3. Umat Islam hendaklah menjadikan bulan Ramadan dan ibadah puasa serta solat Tarawih sebagai suatu madrasah yang dapat mendidik keimanan dan ketakwaan terhadap Allah SWT.

4. Guru, Ibubapa, dan anggota masyarakat hendaklah bekerjasama dan berganding bahu untuk menangani gejala buruk yang sering berlaku dalam kalangan anak-anak kita.

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (al-Tahrim : 6)
Tags: guru, khutbah, pendidikan, ramadhan
Subscribe

Posts from This Journal “pendidikan” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments