mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat : “Keagungan al-Quran Dan Tanggungjawab Kita”

Petikan Khutbah Jumaat 24 Mei 2019M / 19 Ramadan 1440H:JAIS

 “Keagungan al-Quran Dan Tanggungjawab Kita”. 

Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 185: Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, ia adalah petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dan yang salah.
jais.jpg
Dalam bulan ini para Salaf Al-Saleh melipat gandakan tumpuan terhadap al-Quran sehingga ada riwayat yang menyebutkan bahawa al-Imam Malik dan al-Imam Syafie menangguhkan kelas pengajian mereka sepanjang bulan Ramadan untuk menumpukan perhatian kepada al-Quran.

Ssebuah kisah yang dinukilkan oleh al-Imam Al-Baihaqi dalam kitabnya Dalail al-Nubuwwah mengenai keagungan al-Quran: “Adalah diriwayatkan oleh Yahya ibn Aktham )ألثم بن حيى (ًbahawa pada suatu hari Khalifah Al Makmun ibni Harun Al Rasyid (148H-193H ) telah mengadakan suatu diskusi ilmiah yang dihadiri oleh para ilmuan dari berbagai bidang.

Antara yang hadir dalam majlis tersebut seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang menarik; berpakaian putih, kemas dan memakai wangian yang harum.

Di sepanjang majlis itu lelaki tersebut banyak bercakap dan memberikan saranan, wawasan dan gagasan yang baik-baik, ini menyebabkan Khalifah tertarik dengan kebijaksanaan lelaki itu.

Setelah selesai majlis, Khalifah memanggil lelaki tersebut dan bertanya: Israiliyyun anta? maksudnya adakah kamu beragama Yahudi? Ya! jawab lelaki itu. Kemudian Khalifah mempelawa lelaki itu agar menganut agama Islam dan menawarkan kedudukan tinggi yang layak dengan kebolehannya. Namun lelaki itu menolak tawaran tersebut seraya berkata: itukan agama datuk nenek kami!

Tidak mungkin saya meninggalkannya. Selang setahun daripada peristiwa tersebut lelaki itu datang semula berjumpa khalifah dalam keadaan telah memeluk Islam.

Khalifah bertanya apa yang menyebabkan kamu memeluk Islam?, lelaki itu menjelaskan: “Seperti yang tuan tahu bahawa saya orang yang mahir menulis dengan cantik, saya mengambil kitab Taurat dan saya salin kepada beberapa naskhah dengan membuang dan menokok-tambah apa yang saya fikirkan sesuai.

Setelah selesai, saya pun pergi ke biara tempat peribadatan penganut agama Yahudi lalu saya menjual senaskhah kitab itu, ulama‟mereka membeli dengan gembiranya.

Selepas itu saya menyalin pula kitab Injil kepada beberapa salinan dan saya menokok tambah apa yang saya fikirkan sesuai seperti apa yang saya lakukan terhadap Taurah, kemudian saya pergi ke Gereja untuk menjual salinan kitab tersebut kepada ulama‟ mereka, mereka membelinya dengan gembira.

Selepas itu saya menyalin alQuran kepada beberapa salinan dengan menokok tambah apa yang saya fikirkan, kemudian saya pergi kepada sekumpulan ulama‟ lalu saya ajukan hasil kerja saya yang cantik itu kepada mereka, tetapi setelah mereka dapat mengesan tokok tambah yang saya lakukan mereka enggan membelinya bahkan mereka bangun mencampak dan membakarnya serta mereka memarahi saya hingga hampir saya dibunuh.

Tuan! Disebabkan itulah saya yakin bahawa al-Quran itu sebenarnya adalah kitab yang terpelihara dari Allah, dan inilah sebab yang menjadikan saya meninggalkan agama asal dan saya memeluk agama Islam.

Yahya bin Aktham berkata selepas peristiwa itu saya pergi bertemu Sufyan ibn „Uyainah seorang tabi‟ tabi‟in dan saya mengisahkan cerita saya tersebut kepada beliau. Sufyan ibn „Uyainah akur serta membenarkan cerita saya itu, bahkan beliau mengaitkan hal itu dengan apa yang Allah jelaskan di dalam al-Quran tentang perangai jahat orang Yahudi dan Nasrani yang suka menokok tambah kitab Allah yang ada pada mereka.

Mengenai al Quran pula Sufyan membacakan Firman Allah dalam surah al Hijr ayat 9:“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang menjaga dan memeliharanya.”

Oleh sebab al-Quran itu datangnya dari Allah maka sudah tentu ia merupakan mukjizat yang maha agung.

Isi kandungannya tidak terdapat sebarang kesilapan malah sebaliknya kajian demi kajian telah dilakukan oleh cerdik pandai Islam dan bukan Islam yang akhirnya mereka tersimpuh dengan tawadhuknya menemui fakta-fakta yang sangat menakjubkan.

Antaranya Dr Muhammad Ahmad Al Ghamrawi yang telah menulis buku العلم عصس في القسآن) al-Quran di zaman ilmu pengetahuan).

Seterusnya seorang Doktor Perubatan berbangsa Perancis: Maurice Bucaille pakar dalam bidang Biologi dan telah menganut agama Islam, beliau banyak menghasilkan karya berkaitan al-Quran dan sains moden.

Antara tulisan beliau ialah buku yang bertajuk “Taurat, Bible, Al-Quran dan Sains Moden.”

Antara ratusan penemuan yang menakjubkan, yang mengaitkan keagungan al-Quran dan ketepatan fakta yang disebut di dalamnya:

1- Penjelasan mengenai terdapatnya pembahagian air tawar dan air masin dalam satu lautan. Ini telah disebut oleh al-Quran dalam surah alFurqan ayat 53: “Dan Dia lah Tuhan yang mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi dapat menghilangkan dahaga dan yang satu lagi masin lagi pahit, serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.”

2- Penemuan mumia Firaun yang mati lemas kerana tenggelam dalam laut merah ketika mengejar Nabi Musa Alaihissalam. Penemuan ini menunjukkan bahawa terdapatnya garam laut merah pada jasad mumia tersebut yang meyakinkan bahawa inilah Firaun yang Allah tenggelamkan dan selamatkan jasadnya.

Ini dijelaskan dalam al-Quran surah Yunus ayat 92:“Maka pada hari ini kami biarkan engkau terlepas dengan badanmu yang tidak bernyawa daripada ditelan laut, untuk menjadi tanda bagi orang-orang selepasmu supaya mereka mengambil Iktibar. Dan ingatlah sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada memerhati dan memikirkan tanda-tanda kekuasaan kami.”

Setiap warga Muslim mestilah pandai dan lancar membaca al-Quran. Dewasa ini bagai tiada alasan yang memaafkan orang yang buta al-Quran, kerana sudah banyak kaedah dicipta dan kelas-kelas pengajian diwujudkan untuk memberi bantuan kepada mereka supaya dapat mengatasi kelemahan tersebut.

Menelusuri khutbah hari ini maka beberapa taujihat dan tausiah perlu diambil perhatian:

1. Umat Islam mestilah yakin terhadap keagungan al-Quran sebagai dustur al-hayah atau perlembagaan hidup.

2. Umat Islam mesti yakin bahawa soalan mengenai keimanan, persepsi dan sikap kita terhadap al-Quran akan dipersoalkan didalam kubur.

3. Umat Islam jangan hanya berpuas hati dengan banyak menghafaz dan membaca al-Quran tanpa mematuhi hukum tajwid kerana ia dikira sebagai maghrur atau terpedaya.

4. Umat Islam akan menjadi mundur jika membelakangi al-Quran.

“Dan berkatalah Rasul : “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini suatu perlembagaan yang ditinggalkan tidak dipakai.” (Surah al-Furqan : 30).
Tags: agung, al-quran, khutbah, tanggungjawab
Subscribe

Posts from This Journal “al-quran” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments