mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat : “Bertuahnya Menjadi Tetamu Allah”

Petikan Khutbah Jumaat 05 Julai 2019M / 02 Zulkaedah 1440H: JAIS

“Bertuahnya Menjadi Tetamu Allah”

Alhamdulillah, Lembaga Tabung Haji telah menghantar Jemaah Haji untuk menunaikan fardhu Haji bermula semalam.

Sesungguhnya Allah SWT mensyariatkan kepada umat Islam yang melakukan ibadat Haji agar memulakan rehlah iman ini dengan hati yang ikhlas, jais.jpgseperti yang terangkum dalam laungan seruan talbiah.“Aku memenuhi panggilan-Mu ya Allah, Aku memenuhi panggilan-Mu, Aku memenuhi panggilan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu. Sesungguhnya segala pujian, kenikmatan dan kerajaan adalah milik-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu”.

Talbiah yang menyentuh emosi dan perasaan ini, menggambarkan keadaan umat Islam untuk sentiasa beriltizam dengan mentauhidkan Allah dengan hati yang penuh ikhlas serta menjauhi segala perbuatan syirik.

Dalam konteks ini Allah SWT berfirman dalam surah Al Hajj ayat 27 yang bermaksud: “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan Ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh”

Abu Razin Al ‘Uqaili meriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai bapanya yang telah tua, tidak mampu mengerjakan Haji dan umrah, lalu Rasulullah SAW menjawab: “Tunaikan Haji bagi pihak bapamu dan lakukanlah umrah”. (Riwayat at-Tirmizi)

Begitu juga Ibn Abbas R.Anhuma menceritakan bahawa dimana seorang wanita dari bani Juhainah datang bertanya kepada Rasulullah memberitahu bahawa ibunya telah bernazar untuk menunaikan Haji tetapi ia telah meninggal dunia sebelum nazarnya tertunai, adakah ia perlu menunaikan Haji bagi pihak ibunya? Rasulullah menjawab dengan sabdanya:“Ya! Tunaikanlah Haji bagi pihaknya. Adakah jika ibumu mempunyai hutang tidakkah kamu yang akan membayarnya? Oleh itu tunaikanlah kerana hutang kepada Allah lebih perlu ditunaikan” (Riwayat Al-Bukhari).

Perintah menunaikan Haji dikuatkan dengan amaran yang amat keras kepada mereka yang tidak mahu menunaikannya sekali pun telah mampu dan mencukupi syarat.

Hadis daripada Sayyidina ‘Ali Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda :“Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang membolehkannya sampai ke Baitullah untuk mengerjakan Haji tetapi dia tidak berbuat demikian maka tiada apa yang menghalang ia mati sama ada sebagai seorang Yahudi atau Nasrani…” (Riwayat At Tarmizi).

Sebaliknya bagi mereka yang telah berjaya mengerjakan Haji dan patuh kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkannya maka dijanjikan oleh Allah SWT dengan balasan syurga.

Hal ini telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah R.Anhu bahawa Nabi SAW bersabda:“Sesiapa yang mengerjakan Haji kemudian ia tidak mengeluarkan katakata lucah dan tidak berbuat maksiat maka ia bersih dari dosa bagaikan ia berada pada hari ia dilahirkan oleh ibunya”. (Riwayat Al-Bukhari)

Begitu juga hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Antara satu umrah ke satu umrah yang lain adalah penghapus dosa. Manakala Haji yang mabrur tiada balasan yang lain melainkan syurga”. (Riwayat al-Nasa’ie)

Adalah diharapkan mereka yang belum mendaftar untuk menunaikan Haji hendaklah segera mendaftar dan jangan menangguh- nangguhkannya, banyakkan bersabar, dan berdoa mudah-mudahan dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan cepat mendapat giliran untuk menunaikannya.

Jangan terlalu leka membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak bermanfaat seperti berbual kosong, membeli belah dan leka menggunakan telefon bimbit.

Elakkan dari bertengkar, bergaduh dan melakukan perkara yang boleh menimbulkan kekecohan supaya ibadah Haji yang bakal dilaksanakan berjalan dengan lancar dan sempurna.

Ada beberapa tausiah penting yang perlu diberi perhatian oleh bakalbakal Haji dan kepada kita yang telah mengerjakannya bahkan oleh seluruh para Jemaah sekalian iaitu:

1. Umat Islam yang menunaikan Haji hendaklah berniat sematamata kerana Allah SWT dengan memperbanyakkan amal ibadah semasa berada di tanah suci Mekah.

2. Umat Islam yang mampu dan cukup syarat menunaikan Haji adalah wajib menunaikan ibadah tersebut.

3. Umat Islam hendaklah menginsafi bahawa Allah memberi amaran keras kepada orang yang mampu menunaikan fardhu Haji tetapi tidak berniat langsung untuk melakukannya.

“Sesungguhnya “Safa” dan “Marwah” itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan Ibadah Haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah : 158).
Tags: allah, haji, khutbah, tetamu
Subscribe

Posts from This Journal “haji” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments