mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: Fitnah Merosakkan Ummah

Petikan Khutbah Jumaat: 5 Julai 2019M / 2 Zulkaedah 1440H JAWI

Fitnah Merosakkan Ummah

Perkataan fitnah selalu ditafsirkan oleh masyarakat kita sebagai menuduh secara tidak benar.

Namun, perkataan fitnah dalam al-Quran membawa berbagai maksud antaranya syirik, maksiat, bala, kesempitan, kerosakan, pembunuhan dan peperangan.
jawi_logo.jpg
Amalan menyebar fitnah sudah menjadi budaya masyarakat kita hari ini. Ramai yang turut terlibat seolah-olah mereka seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu.

Sebarang berita yang diterima perlu diselidik kesahihannya. Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 6: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Golongan yang memfitnah itu perlu insaf dan segera bertaubat. Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 193 : “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.”

Golongan yang memfitnah tidak akan masuk syurga sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari RH daripada Huzaifah RA, sabda Rasulullah SAW : “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”

Bahaya menyebarkan fitnah umpama api membakar ranting kering, ia cepat merebak dan akan menjadi abu. Ia meyebabkan ganjaran amalan baik terhapus dan akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh diterima terus sekiranya pembawa berita itu diragui keperibadiannya. Setiap berita yang diterima perlulah diselidiki inikan pula menyebarkan berita yang tidak benar.

Sejarah telah mencatatkan bagaimana fitnah menjadi punca kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di madinah, saidina Uthman bin ‘Affan RA. Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesame muslim ketika zaman pemerintahan Saidina Ali bin AbiTalib RA.

Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umayyah malah sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka juga berpunca daripada fitnah.

Mimbar mengambil kesempatan mengajak sidang Jemaah sekalian untuk sama-sama menyahut saranan melalui titah Raja-Raja Melayu dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja yang Ke-254 dalam memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Negara ini dapat dikekalkan :

Pertama : Semua rakyat digesa supaya menghentikan segera segala budaya fitnah-memfitnah yang keji ini agar ianya tidak terus menghantui kehidupan masyarakat di Negara ini.

Kedua : Semua rakyat diseru supaya bersama-sama membangunkan masyarakat yang gagah, harmoni, menghormati nilai-nilai perpaduan yang utuh dan kemanusiaan sejagat.

Ketiga : Marilah kita mengamalkan budaya sihat berpaksikan kehidupan harmoni, sikap toleransi dan berprasangka baik antara satu sama lain bagi mencapai aspirasi perpaduan hidup bersama demi kemakmuran Negara.

Keempat : pihak berkuasa mestilah mengambil langkah lebih produktif dalam menangani gejala hasutan dan fitnah dalam media sosial.

Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita bersama menghayati kesimpulan khutbah yang disampaikan:

Pertama : umat Islam mestilah berwaspada apabila menerima sesuatu berita dengan memastikan kesahihannya.

Kedua : Fitnah akan mengakibatkan masyarakat berpecah belah, meruntuhkan perpaduan dan boleh menghancurkan Negara.

Ketiga : Fitnah mennggalkan konflik dan dendam yang berterusan.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 12 : “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
Tags: fitnah, khutbah, ummah
Subscribe

Posts from This Journal “fitnah” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments