mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat : Asnaf Disantuni, Masa Depan Disinari

Petikan Khutbah Jumaat : 12 Julai 2019M / 9 Zulkaedah 1440H JAWI

Asnaf Disantuni, Masa Depan Disinari

Golongan Asnaf adalah kumpulan anggota masyarakat yang perlu dibantu, diberi perhatian dan disantuni agar mampu bangkit untuk meneruskan hidup sebagaimana insan-insan lain.

jawi_logo.jpgIslam dengan konsep rahmatnya, memperuntukkan dana bantuan untuk mereka melalui sistem agihan zakat sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah al-Taubah ayat 60: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Agihan zakat secara langsung dibuat menerusi 28 skim bantuan zakat yang membantu asnaf daripada segala aspek merangkumi keperluan asasi, perumahan, pendidikan, perniagaan, kebajikan dan dakwah. Bantuan ini berjalan sepanjang tahun dan bukan pada bulan-bulan tertentu sahaja.

Pada tahun 2018, sebanyak 551.56 juta ringgit wang zakat telah diagihkan termasuk kepada 110,045 orang penerima bantuan zakat menerusi 28 skim bantuan zakat tersebut.

Sehingga kini terdapat 13 buah institusi yang telah dibuka oleh MAIWP.

Sehingga kini, seramai 3,582 asnaf telah berjaya dijejaki dan disantuni. Inilah gaya hidup orang beriman yang sentiasa prihatin dengan kesusahan saudara-saudara mereka.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang-orang beriman dalam berkasih sayang, belas kasihan dan perasaan simpati mereka adalah seperti sebatang tubuh. Jika salah satu anggota mengadu sakit, seluruh tubuh akan turut merasakannya dengan turut berjaga malam dan demam.”

Para penerima zakat ini perlu dibantu untuk keluar dari kemelut kemiskinan dan berjaya mencari sumber pendapatan sendiri yang akhirnya menjadi pembayar zakat pula untuk memberi sumbangan kepada insan-insan lain yang memerlukan.

“Muslim adalah saudara muslim yang lain. Dia tidak boleh menzalimi saudaranya dan tidak juga membiarkannya teraniaya. Seseiapa
yang menunaikan hajat saudaranya kelak Allah menunaikan pula hajatnya. Sesiapa yang melepaskan musibah saudaranya, kelak Allah melepaskannya dari musibah di Hari Kiamat dan sesiapa yang menutup aib seorang muslim, kelak menutup aibnya di Hari Kiamat.”
MAIWP telah bertindak melaksanakan beberapa langkah pro aktif bagi merealisasikan hasrat murni ini, antaranya;

Pertama: Merangka kerjasama dengan syarikat korporat untuk melahirkan Usahawan Baitulmal yang berjaya di bawah Program Tunas Usahawan Baitulmal. Program ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran, pengetahuan dan kualiti hidup golongan asnaf melalui perniagaan.
Kedua: Menyediakan bantuan zakat berbentuk keusahawanan untuk membantu asnaf menceburi dan maju dalam perniagaan.
Ketiga: Memberikan bantuan pembiayaan pendidikan kepada anak-anak asnaf yang melayakkan mereka untuk mendapat kerjaya yang baik dan mengeluarkan keluarga daripada belenggu kemiskinan.

Kesimpulan yang dapat kita ambil daripada khutbah hari ini ialah:
Pertama: Golongan Asnaf perlu dibantu dan disantuni dengan sistem bantuan zakat yang efektif untuk mengeluarkan mereka dari kemelut kemiskinan.
Kedua: Masyarakat Islam perlu membantu dan memberi kerjasama usaha-usaha yang dijayakan oleh MAIWP untuk memastikan golongan asnaf dibantu dan terbela.
Ketiga: Pengurusan zakat yang baik dan berkesan ini akan mempamerkan keindahan Maqasid Syariah dan membentuk satu Model Malaysia untuk paparan di peringkat antarabangsa..
Firman Allah SWT di dalam surah Al-Mumtahanah ayat 7: ”Semoga Allah akan menjadikan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kalangan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Tags: asnaf, khutbah, santun
Subscribe

Posts from This Journal “asnaf” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments