mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat Dosa Di Hujung Jari

Petikan Khutbah Jumaat 26 Julai 2019M/ 23 Zulkaedah 1440H JAWI

Dosa Di Hujung Jari

Media sosial merupakan salah satu medium pemudahcara bagi manusia dalam berkomunikasi dan berkongsi informasi.

Islam adalah agama yang bersifat terbuka dengan kemajuan dan kemodenan.
jawi_logo.jpg
Fitnah melalui penyebaran berita palsu, penghinaan agama dan isu perkauman dilihat semakin menular yang pastinya jika dibiarkan akan menimbulkan suasana tidak tenteram serta boleh mencetuskan huru hara

Terdapat pelbagai laman web berunsurkan politik dan fahaman agama yang sempit, hingga mewujudkan golongan berbeza pendapat yang saling bertelagah, menyalahkan antara satu sama lain, melemparkan tuduhan tidak berasas dan saling membuat provokasi.

Kewujudan laman web pornografi turut merosakkan pemikiran masyarakat terutamanya generasi muda dan menjadi antara punca utama berlakunya pergaulan bebas, zina, sumbang mahram dan jenayah seksual di negara ini.

Unsur kemungkaran dan budaya negatif telah menular dalam masyarakat kita melalui penyalahgunaan media sosial sehingga menjadi gejala yang membimbangkan jika tidak dibendung.

Amaran Allah SWT sebagaimana firmanNya di dalam surah Yaasin ayat 65 : “Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahankesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.”

Manfaatkan media sosial sebagai ruang yang berkesan untuk digunakan bagi mengajar, belajar dan menyeru manusia ke jalan Allah SWT.

Dengan ini, terbentuklah budaya masyarakat Islam yang saling ingat-mengingati dalam membuat amal kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

Sesungguhnya Allah SWT telah memuliakan kita dengan akal fikiran, mengurniakan nikmat yang tidak terhitung banyaknya dalam kehidupan.

Menjadi tanggungjawab kita semua agar membentuk masyarakat yang berkeupayaan mengawal teknologi, bukannya dikawal dan hanyut dengan teknologi.

Khatib ingin mengutarakan saranan dalam memastikan media sosial tidak disalahguna :

Pertama : Sentiasa berwaspada dengan sebarang maklumat yang diterima dan tidak menyebarkan perkara yang diragui kesahihannya.

Fahamilah konsep Tabayyun dan amalkan budaya ’semak sebelum sebar’. Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 6: “Wahai orang-orang yang beriman, jika dating kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya)- sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Kedua : Berhati-hati dalam menyampaikan maklumat dengan hanya menyebarkan perkara benar yang membawa ke arah kebaikan dan membuat teguran terhadap kesalahan dengan cara yang berhikmah dan harmoni.

Ketiga: Pihak berkuasa mestilah melaksanakan prosedur yang lebih berkesan untuk mengelakkan penyebaran maklumat atau berita palsu serta menggubal undang-undang yang berkesan untuk mengekang penularannya.

Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita bersama menghayati kesimpulan khutbah yang disampaikan :

Pertama : Teknologi media sosial yang semakin berkembang boleh mempengaruhi corak pandangan, gaya hidup, serta budaya sesebuah masyarakat dan Negara.

Kedua : Penyalahgunaan media sosial oleh individu tidak bertanggungjawab akan menimbulkan suasana tidak tenteram serta boleh mencetuskan huru hara.

Ketiga : Lazimilah sikap Tabayyun serta budaya semak sebelum sebar dan biasakan membuat teguran dengan cara yang berhikmah dan harmoni.

Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim, Ayat 24 dan 25 : ”Tidakkah engkau melihat (Wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perumpamaan iaitu : Kalimah yang baik adalah seperti sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Pohon itu mengeluarkan buahnya pada setiap musim dengan izin TuhanNya. Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia, supaya mereka mengambil pengajaran”.
Tags: dosa, khutbah
Subscribe

Posts from This Journal “dosa” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments