mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat : “Hijrah Ummah Kemerdekaan Barakah”

Petikan Khutbah Jumaat 30 Ogos 2019M / 29 Zulhijjah 1440H: JAIS

“Hijrah Ummah Kemerdekaan Barakah”.

Berbicara soal kemerdekaan dan awal tahun baru Hijrah, persoalan yang timbul ialah apakah sebenarnya yang ingin kita hijrahkan dalam hidup ini? Dan apakah sebenarnya yang ingin kita merdekakan dalam negara yang sudah merdeka?

jais.jpgHijrah dan kemerdekaan memerlukan gabungan pengorbanan, keazaman dan tindakan yang berterusan sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah ayat 20: “(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan Masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.”

Apalah ertinya sebuah kemerdekaan bagi kita, jika kita masih belum mampu untuk menghijrahkan diri, dari mengorbankan perasaan ego masingmasing, perasaan hasad dengki, dendam kesumat yang bersarang dalam jiwa kita, sehingga kita sanggup menimbulkan semula bibit-bibit perpecahan dari perpaduan yang telah tersimpul.

Sudah banyak nilai keperibadian Islam terhakis kerana dilanda „badai globalisasi‟ yang mengakibatkan minda dan jiwa generasi kita dihanyutkan khayalan kononnya gaya hidup Islamik sudah tidak relevan dengan peredaran semasa.

Firman Allah SWT dalam surah al-A‟raf ayat 96:“Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”

Syeikh Dr. Yusof Al-Qaradhawi menyatakan, “Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku, ia bertujuan untuk membentuk manusia bagi menghadapi masyarakat yang sering berhadapan dengan kebaikan, kejahatan, kemanisan dan kepahitan”.

Dalam kita menunggu detik untuk menyambut tarikh keramat kemerdekaan negara ke-62 dan Sambutan Maal Hijrah 1441H, janganlah kita menyokong dan bersekongkol dengan kumpulan yang mendokong Asabiyyah dan perkauman sempit

Kita adalah Ummah al ijabah (umat yang menerima Islam) dan umat al dakwah (umat yang diamanahkan untuk menyebarkan Islam) di tanah air ini dan umat al khilafah (umat yang menjadi pemimpin).

Terjulang Islam atau terbenamnya Islam di negara ini terletak di tangan umat Islam itu sendiri.

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 104:“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Mengakhiri khutbah pada kali ini, mimbar menyeru marilah kita samasama bertindak secara proaktif bagi memastikan masa depan ummah lebih cemerlang dengan mengambil usaha-usaha seperti berikut:

1. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa mempertahankan kemerdekaan dan melakukan hijrah adalah suatu tuntutan.

2. Umat Islam hendaklah menyedari bahawa perpaduan adalah asas kepada kesatuan ummah.

3. Umat Islam hendaklah menyedari bahawa hijrah dan kemerdekaan memerlukan pengorbanan dan jihad yang berterusan.

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” (al-Ankabut :69).
Tags: hijrah, khutbah, merdeka, ummah
Subscribe

Posts from This Journal “hijrah” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments