mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat : “Ya Husain, Ya Husain, Ya Husain”

Petikan Khutbah Jumaat 06 Sept 2019M / 06 Muharram 1441H: JAIS

Ya Husain, Ya Husain, Ya Husain”

Kini kita berada dalam bulan Muharram, bulan yang disepakati oleh umat Islam sebagai bulan pertama dalam Takwim Hijri atau Qamari.

jais.jpgDalam bulan ini saban tahun kita mengadakan sambutan Maal Hijrah sebagai memperingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW bersama para sahabat Radhiallahu Anhum. Dalam bulan ini juga kita menyambut hari Asyura (عاشوراء )dan Tasu‟a ( تاسوعاء ).

Namun dicelah-celah keghairahan ini terdapat perbuatan dan amalan yang menjatuhkan imej kemurnian Islam itu sendiri. Perbuatan tersebut ialah sambutan Hari Karbala yang dilakukan oleh ekstrimis Syiah di beberapa buah Negara

Hari Karbala yang disambut oleh pengikut Syiah pada 10 Muharram ialah hari bersedih memperingati peristiwa pembunuhan kejam terhadap Sayyidina Husain Radhiallahu Anhu cucunda baginda Nabi SAW.

Hari tersebut disambut oleh penganut-penganut Syiah dengan berbagai acara seperti ceramah, nyanyian dan perarakan untuk melahirkan kesedihan terhadap peristiwa tragis tersebut.

Apa yang jelek dan melucukan ialah perbuatan menampar dan memukul dada sambil berteriak menyebut “Ya Husain, Ya Husain, Ya Husain!”.

Malah lebih meloyakan lagi ialah perarakan yang bermandikan darah dengan menikam perut, memahat dan melukakan kepala serta belakang badan dengan benda tajam.

Sesungguhnya perbuatan tersebut amat jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar, malah mirip kepada perbuatan penganut-penganut agama Majusi dan penyembah berhala.

Golongan Syiah amat gembira dengan kematian Sayyidina Umar Radhiallahu Anhu dan berterima kasih kepada Abu Lu‟lu‟ah ( لؤلؤة ؤبى ( orang yang menikam perut Umar ketika sedang solat.

Bahkan kubur Abu Lu‟lu‟ah pun dibina dengan gah sekali seolah-olah kubur seorang pahlawan yang berjasa.

Sesungguhnya amalan sesat yang mereka amalkan itu bukan sekadar amalan, tetapi ianya dilakukan berdasarkan aqidah dan pegangan mereka yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

Betapa tidak, ini kerana mereka memang berakidah bahawa Saiyidina Abu Bakar, Umar, Osman dan Muawiyah adalah dianggap sebagai berhala Quraisy yang merampas jawatan khalifah dari tangan Saiyidina Ali Radhiallahu Anhu.

Bahkan mereka berpegang kepada kepercayaan bahawa para sahabat Nabi semuanya menjadi murtad selepas kewafatan Baginda Nabi SAW kecuali AlMiqdad ibn al-Aswad )ألاسىد ابن اإلاقداد , (Abu Zar Al Gifari (الغفازي ذز ؤبى ,(dan Salman Al Farisi (ي الفازس سلمان .(Wal‟iyazubillah!, tidak syak lagi bahawa kepercayaan tersebut adalah kepercayaaan karut yang langsung tidak boleh diterima oleh akal.

Bukankah mereka adalah sahabat-sahabat Nabi yang dipuji oleh Allah dalam al-Quran sepertimana dalam surah al-Taubah ayat 100:“Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orangorang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan dia, serta ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.”

Pengakuan ini jelas melalui sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdul Rahman Bin Auf: “Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda: Abu Bakar penghuni Syurga, „Umar penghuni syurga, „Ali penghuni syurga, „Osman penghuni syurga, Talhah penghuni Syurga, Zubair penghuni syurga, „Abd. Rahman bin „Auf penghuni syurga, Saad Bin Abi Waqqas penghuni syurga, Sa‟id ibnu Nufail dan Abu „Ubaidah ibnu Al-Jarrah penghuni syurga, Radhiallahu Anhum.” (Riwayat al-Tirmizi)

Kesesatan-kesesatan tersebut antara lain adalah:

1. Mengkafirkan Ummul Mukminin Saiyidatina Aisyah Binti Abu Bakar dan isteri-isteri Rasulullah yang lain. „Aisyah dikatakan sebagai ketua penduduk neraka, wal‟iyazubillah!

2. Menurut Syiah, al-Quran yang ada di sisi kita (Ahli Sunnah) pada hari ini sebenarnya palsu dan telah diselewengkan manakala al-Quran yang benar adalah di sisi mereka yang dikenali sebagai “mushaf Fatimah”, di mana kandungannya tiga kali ganda daripada al-Quran kita

Sebenarnya Umat Islam di negara ini melalui Majlis Agama Negerinegeri, terutama negeri Selangor sangat peka terhadap perkembangan kepercayaan dan anutan sesat dan menyeleweng ini. Fatwa mengenai Syiah telah dikeluarkan dan diwartakan di Selangor pada tahun 1989 dan 2013.

Menelusuri khutbah ini, maka umat Islam mestilah mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut:

1. Umat Islam wajib berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah dari sudut akidah, syariah dan tasawuf.

2. Umat Islam wajib peka terhadap sebarang propaganda dan perancangan licik dari ajaran-ajaran dan kumpulan yang menyesatkan,

3. Umat Islam mestilah menjadi mata dan telinga kepada pihak berwajib Agama Islam apabila ternampak kegiatan yang mencurigakan berselindung disebalik penggunaan nama dan jenama Islam.

4. Umat Islam hendaklah menimba ilmu-ilmu agama daripada guruguru yang muktabar dan bertauliah.

Dan katakanlah (Wahai Muhammad): “Segala puji tertentu bagi Allah (yang melimpahkan nikmat-nikmat-Nya yang tidak terhitung), ia akan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaannya supaya kamu dapat mengetahui-Nya (dengan jelas nyata)"; dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu lakukan. (al-Naml :93).

Tags: husain, khutbah
Subscribe
  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments