mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat Masjid Asas Kesejahteraan Ummah

Khutbah Jumaat 4 Oktober 2019M/ 5 Safar 1441H JAWI

Masjid Asas Kesejahteraan Ummah

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berperanan sebagai Ketua Agama Islam dan pelindung hak istimewa orang-orang Islam telah dinyatakan secara jelas dalam Perkara 32(1) perlembagaan Persekutuan.
jawi_logo.jpg
Kewibawaan Tuanku dalam mengetuai dan mentadbir agama Islam di Negara ini adalah bagi memastikan dakwah Islam tersebar ke segenap pelosok tanah air kita dan terpelihara kesuciannya. Ini termasuklah memastikan masjid berperanan sebagai pusat perpaduan masyarakat muslim dan pengembangan Islam di samping turut menyantuni golongan bukan Islam. Inilah ciri-ciri masjid bersifat Rahmatan Lil Alamin.

Masjid sebenarnya mempunyai peranan yang amat luas dan bermanfaat kepada masyarakat Islam, antaranya:

Pertama : Masjid merupakan tempat mengumpul dana akhirat. Kemuliaan rumah Allah SWT tiada tolok bandingnya. Berjalan kearahnya sudah dikira pahala, apatah lagi apabila memasuki, beriktikaf dan beribadah di dalamnya.

FirmanNya di dalam Surah An-Nur, ayat 36: “(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya ; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.”

Kedua : Masjid mengukuhkan ‘hablu minallah wa hablu minannas’. Menghadirkan diri ke masjid pastinya akan membina hubungan dengan Allah SWT dan hubungan sesama manusia. Hubungan dengan Allah sebagai Pencipta dikukuhkan dengan bermunajat dan mengingati Allah SWT setiap masa di masjid. Manakala hubungan dengan manusia dikukuhkan melalui solat berjemaah yang menjadi asas kepada ukhuwah dan perpaduan.

Ketiga : Masjid merupakan tempat menuntut ilmu.

Keempat : Masjid merupakan pusat aktiviti seharian (one stop centre). Selain solat, pelbagai fasiliti dan aktiviti diwujudkan di masjid. Dalam usaha merealisasikan one stop centre ini, kerjasama di antara pihak masjid dan ahli jemaah amat diperlukan.

Kelima : Masjid menjadi nadi penggerak ekonomi masyarakat.

Keenam : Masjid merupakan tempat mencari ketenangan jiwa dan merehatkan minda. Mengoptimumkan masa beribadah di masjid seperti solat berjemaah, solat-solat sunat, membaca al-Quran dan qiyamullail tanpa gannguan pasti memberi ketenangan.

Imam Muslim RHM meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : Dan tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu diantara rumah-rumah Allah SWT, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarinya, melainkan akan turun kepada mereka ketenangan, rahmat akan meliputi mereka, para Malaikat mengelilingi mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan makhluk yang ada di sisiNya.

Bertepatan dengan usaha kerajaan membentuk Malaysia menjadi Negara Rahmah, masjid juga mempunyai peranan dalam menyebar dan merealisasikan konsep masjid Rahmah iaitu (Ramah terhadap setiap golongan termasuk masyarakat bukan Islam, Aman daripada sebarang huru- hara dan kekacauan, Harmoni dengan kepelbagaian kaum dan etnik, Mesra terhadap Jemaah yang mempunyai pelbagai latar-belakang, Alami iaitu bersifat menjaga alam sekitar dan Hormat dengan menerapkan budaya saling menghormati sesama anggota masyarakat).

Mengakhiri khutbah hari ini, marilah kita menghayati beberapa kesimpulan sebagai renungan kita bersama, antaranya :
Pertama : Tumpahkan taat setia kepada Seri Paduka Baginda Tuanku serta pertahankan kedaulatan Islam dan institusi masjid setiap masa.

Kedua : Hadirkan diri ke masjid secara istiqamah kerana manfaatnya besar untuk dunia dan akhirat.

Ketiga : Gunakan semaksima mungkin ruang dan peluang dalam mengimarahkan rumah Allah SWT ini dengan memparaktikkan konsep masjid Rahmah yang bersifat ramah, aman, harmoni, mesra alam sekitar dan penyubur sikap saling menghormati sesama masyarakat.

Firman Allah SWT di dalam Surah al-Taubah ayat 17: “Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka”.
Tags: khutbah, masjid, sejahtera
Subscribe

Posts from This Journal “masjid” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments