mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat Syafaat Sebagai Peluang Terakhir

Petikan Khutbah Jumaat 15 November 2019M l 18 Rabiulawal 1441H JAiS

Syafaat Sebagai Peluang Terakhir

Syafaat bererti pertolongan atau rekomen dari Nabi SAW. Ia adalah menjadi salah satu pegangan yang wajib dipercayai oleh umat Islam.

jais.jpgSebahagian orang lantaran ghairahnya kepada syafaat itu maka ia menamakan anaknya dengah nama Supaat yang berasal dari perkataan Syafaat yang ertinya pertolongan dari nabi SAW pada hari kiamat nanti.

Dalam Al-Quran kalimat syafaat ini disebut sebanyak empat kali, antara lain Allah SWT berfirman dalam surah Taha ayat 109:“Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya, dan kepada orang yang diredai perkataannya”.

Al-Imam Al-Tahawiy ( َ ا ا لط َ ِوي( حا dalam matan Al-Tahawiyyah ( َ ا ا لط َ ِو حا ا ( ٍت ada menegaskan: “Sesungguhnya Syafaat yang disimpan untuk umatnya adalah benar seperti mana yang diriwayatkan dalam beberapa banyak hadis Nabi SAW.

Hadis dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa Nabi SAW bersabda “Setiap para Nabi mempunyai satu doa yang mustajab, aku ingin menyimpan doa itu untuk memberikan syafaat kepada umatku pada hari kiamat nanti”. (Riwayat al-Bukhari).

Hadis dari Usman bin Affan, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Tiga golongan yang akan memberikan syafaat pada hari kiamat nanti, mereka ialah para Anbia, para Ulama dan para Syuhada.” (Riwayat Ibnu Majah).

Menelusuri ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih, para ulama menyimpulkan bahawa syafaat terbahagi kepada dua: iaitu Syafaat umum dan Syafaat khusus.

Syafaat umum ialah syafaat yang dikurniakan kepada para Nabi, ulama dan syuhada. Syafaat khusus pula hanyalah dikurniakan kepada Nabi kita Muhammad SAW.

Syafaat ini juga dikenali sebagai alSyafaat al-Uzma ( َ ا ا لش َ ف َ اع ْ ال ُ ت ُ ع ْ ظ َ مى .( Ia adalah permohonan yang dirafakkan oleh baginda nabi SAW kepada Allah SWT supaya disegerakan sesi perbicaraan dan pengadilan setelah lama sengsara menunggu di perhimpunan mahsyar.

Hadis daripada Aisyah Radhiallahu Anha beliau berkata Rasulullah SAW bersabda:“Kamu akan dihimpunkan di padang Mahsyar dalam keadaan tiada berpakaian”. (Riwayat Al-Bukhari)

Selain dari Syafaat al-Uzma ada lagi syafaat-syafaat yang lain yang dianugrahkan kepada Nabi SAW seperti berikut:

Pertama: Syafaat yang diberi kepada para aulia dan solihin untuk meninggikan tingkat kedudukan mereka di dalam syurga.

Kedua: Syafaat untuk menjemput orang-orang yang masih ada saki baki iman dalam diri mereka walau sebesar gandum, mereka dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga.

Syafaat ini diperolehi oleh Rasulullah SAW dengan rasa belas kasihan baginda SAW yang berdoa sambil menangis kepada Allah.

Al-Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis melalui Ibnu Umar Radhiallahu Anhuma bahawa Nabi SAW berdoa “Ya Allah! Umatku umatku (mereka masih berada didalam neraka).

Permintaan Nabi dikabulkan Allah dengan firmannya:“…Kami sesunggunnya redha terhadap umatmu dan kami tidak akan menyakitkan hatimu (maksudnya mereka dikeluarkan dari neraka)”

Keempat: Syafaat yang diberikan kepada Nabi SAW untuk membantu orang yang timbangan amal kebaikannya dan kejahatannya sama berat. Maka dengan pertolongan tersebut akhirnya orang itu berjaya memasuki Syurga

Kelima: Syafaat yang diberikan kepada Nabi SAW untuk memasukkan orang-orang tertentu ke dalam syurga tanpa hisab dan azab. Mereka yang sangat bernasib baik ini akan masuk kedalam syurga melalui laluan khas yang telah ditentukan.

Keenam: Syafaat yang dikurniakan kepada Nabi SAW untuk menyelamatkan orang yang telah melakukan dosa besar dari seksaan neraka.

Hadis daripada Anas Bin Malik Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Syafaatku untuk orang yang melakukan dosa besar dalam kalangan ummatku.” (Imam Ahmad).

Menelusuri khutbah pada hari ini marilah kita mengamati taujihat dan tausiah seperti berikut:

1. Umat Islam mesti yakin bahawa kehadiran Nabi Muhammad SAW ke alam ini adalah membawa rahmat kepada seluruh alam.

2. Umat Islam hendaklah sedar bahawa mandat untuk memberikan syafaat adalah kurniaan dan keizinan Allah Azza wa Jalla.

3. Umat Islam yang ingin mendapatkan syafaat Nabi SAW mestilah tidak pernah menyengutukan Allah SWT.

4. Orang-orang yang ingin mendapatkan syafaat dari Nabi SAW mestilah melayakkan diri dengan memperbanyak amalan dan selawat kepada Baginda SAW.

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (al-Taubah : 128)
Tags: khutbah, syafaat
Subscribe

Posts from This Journal “syafaat” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments