mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat Semarakkan Kasih Sayang

Khutbah Jumaat 10 Januari 2020M/ 14 Jamadilawal 1441H JAWI

Semarakkan Kasih Sayang

Kita pernah digemparkan dengan berita seorang remaja perempuan berusia 16 tahun telah membunuh diri dengan terjun dari bangunan tiga tingkat.

jawi_logo.jpgRemaja tersebut bertindak sedemikian setelah membuat undian di media sosial, di mana keputusan daripada undian tersebut 69% menyokong untuk beliau membunuh diri.

Menurut siasatan polis, remaja tersebut bertindak demikian disebabkan faktor tekanan perasaan kerana tidak mendapat perhatian keluarga.

Sedarlah bahawa tekanan perasaan merupakan salah satu gejala depresi yang berpunca dari masalah kemurungan (depression), kebimbangan melampau (anxiety) dan ketegangan jiwa (stress).

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 mengenai kesihatan mental di kalangan belia menunjukkan angka yang membimbangkan apabila didapati sekurang-kurangnya 1 daripada 10 belia di negara ini pernah terfikir untuk membunuh diri.

Kajian tersebut turut mendedahkan bahawa salah 1 daripada 5 remaja berasa tertekan, 2 daripada 5 berasa bimbang dan celaru dengan kehidupan. Ini memberikan isyarat yang jelas bahawa isu kesihatan mental di Malaysia terutamanya anak muda amat serius dan harus segera ditangani oleh semua pihak.

Kita perlu mengetahui, apakah punca-punca yang menyebabkan gejala depresi ini berlaku? Menurut pakar perubatan, terdapat 3 faktor utama yang mendorong kepada masalah ini.

Pertama : Faktor Biologi atau fizikal

Sesetengah penyakit mental dikaitkan dengan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Bahan kimia ini membolehkan sel-sel di dalam otak berhubung antara satu sama lain. Ketidakseimbangan yang berlaku akan mengganggu fungsi otak.

Genetik juga mempunyai kaitan dalam masalah ini. Sejarah ahli keluarga yang mempunyai penyakit ini turut menyumbang kepada potensi pesakit untuk menghidapi penyakit yang sama.

Penyalahgunaan dadah serta pengambilan minuman beralkohol juga menjadi faktor yang menyumbang kepada hilangnya kewarasan mental manusia.

Allah telah mengingatkan di dalam Surah Al-Maidah, ayat 90 :“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batangbatang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Kedua : Faktor Psikologi

Faktor psikologi yang menyumbang kepada gangguan mental termasuk trauma akibat penderaan emosi, fizikal atau seksual.

Psikologi turut terganggu apabila seseorang individu diabaikan oleh keluarga dan gagal dalam membina hubungan dengan orang lain.

Ketiga : Faktor Persekitaran

Sesetengah perkara yang berlaku di sekeliling boleh merangsang penyakit mental. Ini termasuk kematian, perceraian, masalah keluarga dan tekanan dalam pembelajaran atau pekerjaan.

Pandangan dan persepsi masyarakat turut menyumbang ke arah gangguan mental.

Beberapa langkah perlu diambil bagi memelihara kesihatan akal bagi mengelakkan gejala mental yang semakin meruncing hari ini.

Antaranya:

Pertama : Terapkan nilai-nilai keagamaan termasuk pembentukan sahsiah murni kepada anak-anak agar mereka mempunyai jati diri yang mantap.

Pepatah melayu, ‘melentur buluh, biar dari rebungnya’ memang tepat untuk dijadikan ingatan.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, daripada Anas bin Malik RA “Muliakanlah anak-anak kamu dan cantikkanlah budi pekerti mereka.”

Justeru, ibu bapa berperanan penting bagi memastikan anak-anak mendapat didikan sempurna terutamanya didikan agama yang merangkumi akidah, syariah dan akhlak.

Kedua : Perhebatkan kempen kesedaran mengenai kesihatan mental.

Ketiga : Lakukan perkara-perkara yang berfaedah kepada kecergasan tubuh badan seperti bersenam secara konsisten dan rehat yang cukup. Kurangkan penggunaan media sosial kerana ia akan melemahkan daya fizikal seseorang.

Keempat : Sokongan dan perhatian ahli keluarga.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin menyimpulkan beberapa perkara penting sebagai renungan bersama:

Pertama : Gejala depresi dalam masyarakat kita hari ini sudah berada di peringkat yang membimbangkan. Semua pihak harus membuka mata dalam mencari penyelesaiannya.

Kedua : Kesihatan mental atau kesejahteraan akal termasuk di dalam Maqasid Syariah yang perlu dipelihara oleh umat Islam.

Ketiga : Hindari apa juga perkara yang boleh menjerumuskan seseorang ke dalam kancah gejala mental yang amat merbahaya ini.

Firman Allah SWT melalui Surah Al-Baqarah, ayat 195 : Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
Tags: kasih, khutbah, sayang
Subscribe

Posts from This Journal “kasih” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments