mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat : Jadikan Al-Quran Sebagai Teman

Petikan Khutbah Jumaat 17 Jan 2020M /21 Jumad al-Ula 1441H: JAIS

Jadikan Al-Quran Sebagai Teman

Al-Quran al-karim adalah kitab suci yang mengandungi segala ilmu dan petunjuk yang dapat menjadi pembimbing kepada setiap insan ke jalan yang benar.

jais.jpgMelalui al-Quran kita dapat meraih pelbagai faedah serta hikmah daripada ayat ayat tersebut. Ini termasuklah ilmu dan nilai ketakwaan, keadilan, menjaga hubungan, bukan sahaja sesama insan, bahkan tanggungjawab kita terhadap alam sekitar termasuk haiwan dan tumbuh tumbuhan.

Kitab Al-Quran yang tiada syak di dalamnya dan menjadi panduan bagi mereka yang beriman.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 2: “Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya, ia menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa”

Pada setiap saat dan ketika kita hendaklah sentiasa menjadikan al-Quran sebagai teman sepanjang kehidupan sama ada siang ataupun malam. Hendaklah kita sentiasa merujuk dan memandu diri ke arah jalan kebenaran melalui panduan al-Quran.

Jika kita tidak menjadikan al-Quran sebagai teman sejati dalam hidup ini di khuatiri akan di ambil kesempatan oleh syaitan untuk mempengaruhi setiap tindakan yang kita dilakukan.

Peringatan Allah SWT melalui firmannya dalam Surah al-Zukruf ayat 36 sebagaimana disebut di awal khutbah tadi yang bermaksud: “Sesiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya Syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.”

Khatib ingin berkongsi beberapa cara bagaimana untuk menjadikan al-Quran sebagai teman:

Pertama, sebagai umat islam kita seharusnya mengambil peluang untuk sentiasa mempelajari al-Quran, belajar membacanya, memahami makna ayat-ayat yang dibaca dan berusaha menghayati dalam segenap kehidupan.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Radhiallahu Anhu bahawa Nabi SAW bersabda: “Orang mukmin yang selalu membaca al-Quran seperti buah utrujjah, bau dan rasanya enak. Orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah kurma, tidak berbau tetapi rasanya manis. Orang munafik yang selalu membaca al-Quran seperti raihanah, baunya harum tetapi pahit rasanya. Orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah hanzalah, tiada bau dan pahit rasanya.” (Riwayat al-Bukhari).

Kedua, sebagai umat islam kita hendaklah meyakini akan mukjizat alQuran sebagai kitab agung yang dikurniakan oleh Allah SWT yang menjanjikan kemuliaan terutama bagi mereka yang sentiasa mendekatkan diri dengan Al-Quran.

Firman Allah SWT dalam surah Taha ayat 123:“…Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.”

Ketiga, bagi membuktikan sentiasa bersahabat dengan al-Quran, maka kita perlu berusaha sedaya upaya untuk menghafaz ayat-ayatnya agar hafazan tersebut boleh menjadi penenang, penyubur dan sumber kekuatan bagi mendepani cabaran yang mendatang

Hadis daripada Abu Umamah al-Bahili Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah Al-Qur‟an, kerana ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa„at bagi pembacanya.” (Riwayat al-Bukhari)

Allah menjanjikan bahawa Al-Quran ini boleh memberi ketenangan kepada jiwa-jiwa yang kosong dan bermasalah.

Kepada sesiapa yang menghadapi kecelaruan dalam jiwanya dan merasa tidak tenang, dekatilah al-Quran tidak kira pagi, petang, siang mahupun malam. Baca dan fahamilah, mudah-mudahan menjadi penawar untuk menenangkan kita.

Begitu juga dengan mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran itu, nescaya akan dapat menghiburkan perasaan yang sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta memperoleh petunjuk daripada Allah SWT. Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah SWT.

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 28 “Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.”

Mari sama-sama kita ambil iktibar beberapa tausiah penting untuk dijadikan pengajaran dan panduan hidup kita:

1. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa al-Quran al-Karim adalah kitab yang diturunkan bagi membimbing manusia ke jalan taqwa.

2. Umat Islam hendaklah menjadikan al-quran sebagai teman sejati dengan membacanya, memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran yang terdapat di dalamnya.

3. Umat Islam hendaklah sentiasa merujuk al-Quran dalam apa jua perkara dan persoalan kerana ia adalah petunjuk dan jalan keluar kepada segala permasalahan di dunia dan akhirat.

“Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiaptiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu) dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayat petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam.” (al-Nahl : 89).
Tags: khutbah, quran
Subscribe

Posts from This Journal “quran” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments