mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat : “Akidah Diperkasa, Syariah Dilaksana”

Petikan Khutbah Jumaat 24 Jan 2020M /28 Jumad al-Ula 1441H: JAIS

“Akidah Diperkasa, Syariah Dilaksana”

Allah berfirman melalui firman-Nya dalam surah al-Nahl ayat 36:“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di jais.jpgantara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.”

Orang-orang yang patuh dan setia mengikut mereka disebut sebagai orang Islam yang beriman kepada Allah SWT, sebaliknya orang yang ingkar dan tidak mahu menerima ajaran yang dibawa oleh para Rasul mereka adalah orang yang kufur.

Ketua kepada sekalian Nabi dan Rasul, baginda menjulang kalimah tauhid:

لا إله إلا الله محمد رسول الله

Kalimah tauhid inilah yang menjadi intipati ajaran yang didakwahkan oleh para Nabi dan Rasul bermula Nabi Adam Alaihi Salam lagi. Ia merupakan satu pengisytiharan tauhid yang tercerna dan mengalir dalam tubuh umat yang beriman kepada Allah SWT. Inilah suatu pegangan yang mantap dan akidah yang utuh. Bahkan mengakar dan menerjah ke dalam sanubari lantaran kukuh dan teguhnya iman mereka.

Hal ini digambarkan oleh Allah SWT melalui firman-Nya dalam surah Ibrahim ayat 24:“Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit.”

Sebenarnya kita boleh memastikan bahawa kita berada dipihak mana apabila kita merujuk kepada Al-Quran dan Al Sunnah.

Ketetapan ini telah dinyatakan oleh Nabi kita Muhammad SAW dalam hadis baginda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu Anhu beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya, kitab Allah dan sunnahku.” (Riwayat al Hakim)

Sesungguhnya kekuatan akidah yang kita anuti masih belum sempurna selagi kita tidak mengamalkan segala perintah yang dipertanggungjawabkan kepada kita.

Allah melalui firmannya dalam surah al-Asr ayat 1 hingga 3:“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orangorang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Dalam ayat yang lain Allah telah menegaskan bahawa orang yang mengaku beriman tidak ada pilihan lain kecuali tunduk dan patuh melaksanakan apa-apa yang diperintahkan oleh Allah SWT, firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 65: “Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya”

Menelusuri khutbah pada hari ini,

1. Umat Islam wajib meyakini bahawa akidah yang kita anuti ini adalah akidah yang benar kerana ianya seiring dengan apa yang telah dibawa oleh Nabi-nabi terdahulu.

2. Umat Islam wajib mempelajari dan mengamalkan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam agar sentiasa berada dijalan yang lurus dan diredai Allah SWT.

3. Setiap individu yang telah ditauliahkan untuk menguruskan masjid mestilah menjalankan amanah tersebut dengan memastikan pengajianpengajian yang disampaikan adalah daripada guru-guru yang mahir dalam ilmu-ilmu agama dan bertauliah.

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) menceraiberaikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.” (al-An’am : 153).
Tags: akidah, khutbah, syariah
Subscribe

Posts from This Journal “akidah” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments