mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat : “Berdoalah Kepada Allah Yang Maha Pencipta”

Petikan Khutbah Jumaat 26 Jun 2020M /04 Zulkaedah 1441H: JAIS

“Berdoalah Kepada Allah Yang Maha Pencipta”

Sesungguhnya, untuk menjayakan sesuatu yang kita hajati, bukan sahaja dengan usaha secara lahiriah, tetapi juga lebih berkat dan manfaat, jika usaha kita itu diikuti dengan doa. jais.jpg

Doa berfungsi sebagai senjata yang ampuh bagi orang-orang yang beriman. Hadis daripada Anas bin Malik Radhiallahu Anhu bahawa Rasululah SAW bersabda: “Doa adalah otak kepada ibadat”. (Riwayat al-Tirmizi).

Doa adalah sebahagian daripada ibadah. Ia boleh dilakukan pada bilabila masa dan dimana sahaja kita berada. Kerana Allah SWT sentiasa bersama-sama kita.

Menurut Para Ulama, cara berdoa yang diyakini akan dimakbulkan oleh Allah SWT, antaranya adalah:

Pertama: Berdoa hendaklah dilakukan dengan penuh khusyuk serta yakin akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Berdoalah kepada Allah dengan penuh keyakinan bahawa doamu pasti dikabulkan oleh Allah, dan ketahuilah bahawa Allah itu tidak berkenan menerima doa orang-orang yang hatinya alpa lupa.” (Riwayat al-Tirmizi)

Kedua: Berdoa hendaklah yakin bahawa Allah SWT itu sangat dekat dengan kita, dan akan memakbulkan permohonan kita.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 186: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku.”

Ketiga: Berdoa pada waktu malam dimulai dengan solat, diikuti dengan wirid-wirid seperti membaca al-Quran, berselawat, beristighfar, bertasbih, dengan penuh harapan semoga Allah perkenankan doa kita.

Hadis daripada Amru bin Abasah Radhiallahu Anhu bahawa Rasululah SAW bersabda:“Waktu yang Allah SWT paling hampir dengan hamba-Nya adalah pada akhir malam, dan sekiranya kamu mampu menjadi dalam kalangan orangorang yang mengingati Allah pada waktu itu, maka lakukanlah.” (Riwayat al-Tirmizi)

Keempat: Berdoa hendaklah dengan hati yang sabar dan tidak mudah berputus asa jika lambat dimakbulkan. Sikap ini adalah saranan utama untuk mencapai kejayaan.

Sebagai contoh, Nabi Musa Alaihis Salam dan Nabi Harun Alaihis Salam pernah berdoa memohon kepada Allah SWT, agar dapat mengalahkan raja Firaun.

Tetapi selepas 40 tahun berlalu, barulah doa kedua Nabi tersebut di kabulkan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah Yunus ayat 89: “Allah berfirman: “Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintah-Ku seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui (peraturan janji-Ku).”

Ini menunjukkan semua doa pada hakikatnya dikabulkan oleh Allah, cuma kadangkala menunggu saat-saat dan waktu yang telah ditentukannya

Kini, sudah lebih tiga bulan negara kita dilanda dengan ujian Allah SWT melalui penularan wabak COVID 19. Oleh itu marilah kita teruskan berdoa, semoga putusnya rantaian virus ini.

Selepas segala usaha dan ikhtiar, maka dengan penuh khusyuk dan penuh pengharapan, Insyaalah doa kita semua dimakbulkan oleh Allah SWT. “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” (al-A’raf : 55)
Tags: doa, khutbah
Subscribe

Posts from This Journal “doa” Tag

  • Khutbah Jumaat : “Berdoa Adalah Ibadah”

    Petikan Khutbah Jumaat 12 Mei 2017M / 15 Syaaban 1438H:JAIS “Berdoa Adalah Ibadah”. Berdoa merupakan satu ibadah. Doa bermaksud…

  • Rasulullah simpan doa ‘terbaik’ untuk kita

    Jika ada sebiji peluru ditembak tepat ke dada Rasulullah SAW, kita wajib segera tampil menahan dada bagi menyelamatkan baginda. Biar kita cedera…

  • Doa itu ibadah

    ADA manusia tekun berdoa kepada-Nya, ada yang berdoa sambil lewa sebagai rutin harian tanpa khusyuk dan ada juga tergesa-gesa berdoa mengharapkan…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments