mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: Imarahkan Masjid

Petikan Khutbah Jumaat 26 Jun 2020M/ 5 Zulkaedah 1441H JAKIM

Imarahkan Masjid

Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana setelah sekian lama kita tidak dapat mengimarahkan masjid, akhirnya kita dapat memakmurkan kembali masjid yang mulia ini dengan menunaikan solat berjemaah.

jakim.jpgOrang-orang yang beriman hatinya pasti merindui untuk hadir solat berjemaah dan beribadah di masjid dan sebagai tanda orang-orang yang beriman, hatinya sentiasa terpaut dengan masjid. Suatu rahmat yang amat besar apabila kita dapat beribadah di masjid yang mulia ini.

Masjid memiliki peranan yang sangat besar di sisi umat Islam. Al-Syaikh Abdul Hamid Kishk, seorang ُ ق َلْبُ الْم ُجْت َمَع) mengungkapkan pernah tersohor pendakwah dan ulama (اَلْمَ ِْ ِجد yang bermaksud, “masjid adalah jantung masyarakat”. Marilah kita bersama-sama mengimarahkan kembali masjid-masjid dan dalam masa yang sama mematuhi garis panduan dan prosedur yang telah ditetapkan di setiap masjid.

Rasulullah SAW pernah bersabda:Mafhumnya: “Apabila kamu sekalian melihat seseorang yang sentiasa pergi ke masjid, maka persaksikanlah keimanan untuknya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan Ahmad)

Rasulullah SAW juga pernah menyatakan tentang kelebihan solat berjemaah di masjid. Baginda SAW bersabda:Mafhumnya: “Sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian berjalan menuju ke salah satu dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk menunaikan solat yang telah difardukan oleh Allah, maka kedua-dua langkahan kakinya itu salah satunya menghapuskan dosa dan yang lain mengangkat darjat.” (Muttafaqun „alaih)

Gunakanlah peluang yang ada ini untuk kita mengimarahkan masjid dengan melaksanakan solat secara berjemaah lima waktu, berzikir, membaca alQuran, bermunajat dan berdoa kepada Allah SWT.

Mudah-mudahan dengan usaha-usaha itu Allah SWT akan mengampunkan segala dosa kita dan memperkenan doa kita. Marilah juga kita bersama-sama terus bermunajat dan memohon kepada Allah SWT supaya melenyapkan wabak Covid-19 di Negara kita dan di seluruh dunia.

Firman Allah SWT: Maksudnya: “(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di masjid-masjid yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.” (Surah al-Nur ayat 36)
Tags: imarah, khutbah, masjid
Subscribe

Posts from This Journal “imarah” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments