mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: Menuai Takwa Allah

Petikan Khutbah Jumaat 3 Julai 2020M/ 11 Zulkaedah 1441H JAKIM

Menuai Takwa Allah

Takwa merupakan benteng dalam diri setiap muslim.Takwa dapat menjadikan seseorang itu melaksanakan kebaikan dan mencegah sebarang kemungkaran. Sifat takwa juga dapat menjadikan seseorang itu menjadi dekat kepada Allah SWT. Saidina Ali RA pernah jakim.jpgmengungkapkan; “takwa itu ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.”

Rasulullah SAW, dalam Khutbah Wada’ pernah mengingatkan kita: Mafhumnya: “Hendaklah kamu bertakwa (takut) kepada Allah SWT Tuhanmu, dan (melaksanakan yang difardhukan) solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat harta, dan mentaati pemimpin nescaya kamu akan dimasukkan ke syurga (milik) Tuhanmu.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi)

Sebenarnya, banyak jalan untuk kita menuai takwa yang menatijahkan sifatsifat mahmudah dalam diri kita. Setiap perkara kebaikan, walau sekecil mana sekalipun ia, tetap bernilai di sisi Allah SWT.

Sebagai contoh, dengan menyebarkan salam, atau senyum di hadapan orang lain, atau kita mengalihkan sesuatu halangan yang berada di jalanan. Selaras dengan suasana kita yang masih berjuang agar musibah Covid-19 berakhir dalam masa terdekat, para jemaah yang dirahmati Allah sekalian, marilah samasama kita meningkatkan kepatuhan arahan-arahan daripada pihak berkuasa seperti;

i. Mematuhi penjarakan sosial,
ii. Kerap mencuci tangan,
iii. Mengelakkan pergi ke kawasan-kawasan yang sesak dan tertutup,
iv. Memakai pelitup muka jika bergejala,
v. Dan yang penting sekali, sentiasa berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT.

Semuanya itu, walaupun nampak remeh pada pandangan kita, hakikatnya mempunyai nilai yang sangat besar di sisi Allah SWT dan membuka jalan kepada sifat takwa.

Ketahuilah bahawa ketakwaan yang tertanam dalam diri kita menjadi penyebab kepada terbukanya rahmat dan kurniaan Allah SWT.

Firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” (Surah al-A’raf ayat 96)
Tags: khutbah, takwa
Subscribe

Posts from This Journal “takwa” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments