mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: Luasnya Sedekah

Petikan Khutbah Jumaat 24 Julai 2020M/ 3 Zulhijjah 1441H JAKIM

Luasnya Sedekah

Amalan sedekah merupakan amalan sunnah dan amalan para sahabat yang sangat mulia di sisi Allah SWT.

Sedekah dapat membantu masyarakat dan Negara menangani isu-isu yang melanda umat dalam aspek sosioekonomi dan kemanusiaan.

Budaya bersedekah merupakan satu amalan yang amat dituntut oleh Islam.

Budaya bersedekah ini juga dapat memastikan umat atau masyarakat tidak lagi bergantung semata-mata kepada kerajaan, bahkan sekaligus jakim.jpgmembantu mengurangkan kadar kesusahan dan kemiskinan yang dihadapi.

Seterusnya ia menjadikan sesebuah Negara dan masyarakat itu bebas dan berdikari.

Sabda Rasulullah SAW: “Seseorang muslim adalah saudara terhadap muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesukarannya pada hari kiamat, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Tuntutan bersedekah perlu disertai dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT demi kebajikan pihak-pihak yang memerlukan.

Inilah tanda betapa kita menjunjung titah perintah Allah SWT dan menuruti sunnah Rasulullah SAW di samping memupuk kasih sayang sesama manusia.

Sedekah bukan sekadar berbentuk kebendaan tetapi ia berkembang mengikut kemampuan individu. Yang tidak berharta, boleh menyumbangkan usaha dan doa.

Dalam konteks lain, kita juga boleh menyumbangkan masa untuk kerja-kerja amal, kemasyarakatan dan sebagainya.

Sabda Rasulullah SAW: “Atas setiap orang Islam perlu sedekah. Mereka bertanya, wahai Nabi Allah, maka (bagaimana) bagi sesiapa yang tiada? Sabda Nabi, hendaklah dia beramal dengan usahanya, lantas dia mendapat manfaat bagi dirinya dan bersedekah. Mereka bertanya lagi, jika tidak mampu? Jawab Baginda, maka hendaklah dia beramal dengan makruf dan menahan daripada kejahatan kerana sesungguhnya baginya sedekah” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam kesempatan ini juga, khatib ingin menyeru sidang Jemaah sekalian untuk bersama-sama bersedekah membantu saudara-saudara kita yang terjejas dan memerlukan terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

“Dan orang-orang yang sabra kerana mengharapkan keredaan Allah semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik, mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat.” (Surah al-Ra’du ayat 22)
Tags: khutbah, sedekah
Subscribe

Posts from This Journal “sedekah” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments