mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat: Hulurkan Sumbangan Tingkatkan Pengimarahan

Petikan Khutbah Jumaat 7 Ogos 2020M/ 17 Zulhijjah 1441H JAWI

Hulurkan Sumbangan Tingkatkan Pengimarahan

Ketahuilah, bahawa harta yang kita miliki sama ada banyak atau sedikit bukan milik kita sepenuhnya kerana ada hak orang lain di dalamnya.
jawi_logo.jpg
Oleh itu gunakanlah ia ke jalan yang diredhai Allah SWT seperti bersedekah, berwakaf, membantu orang-orang yang memerlukan, anak-anak yatim serta menyumbang ke tabung-tabung masjid atau surau.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 245 yang bermaksud: “Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan”.

Sebagai umat Islam yang cintakan masjid, marilah kita memberikan sokongan dengan menyalurkan sumbangan ke tabung-tabung masjid dan surau.

Ingatlah bahawa kita juga mempunyai peranan yang besar dalam memastikan pengimarahan masjid mahupun surau dapat dijalankan dengan berterusan.

Sesungguhnya berinfak pada jalan Allah SWT sangat dituntut dalam Islam malah ia menjadi amalan yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Berinfak ke rumah Allah juga adalah antara amalan mulia yang boleh kita lakukan di masa kini dengan pelbagai saluran yang
disediakan.

Mudah-mudahan dengan sumbangan yang kita berikan walaupun dengan jumlah yang sedikit dapat menghapuskan dosa-dosa kita yang telah lalu.

Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai amalan yang membuka pintu kebaikan, antaranya ialah sedekah.

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah RH, daripada Mu’az bin Jabal RA, Rasulullah SAW bersabda “Sedekah memadam dosa sepertimana air memadam api.”

Mengakhiri khutbah, marilah kita sama-sama berinfak dan memberi sumbangan ke tabung-tabung masjid dan surau. Mudah-mudahan akitiviti pengimarahan dapat diteruskan bahkan ia menjadi saham kebajikan kita di akhirat kelak.

Firman Allah SWT di dalam surah as-Saba’ ayat 39:  “Katakanlah (wahai Muhammad: Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki di antara hamba-hamba-Nya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah SWT akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".
Tags: infak, khutbah, sedekah, sumbangan
Subscribe

Posts from This Journal “sumbangan” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments