mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat Membina Keluarga Bahagia

Petikan Khutbah Jumaat  14 Ogos 2020M/ 24 Zulhijjah 1441H JAWI


Membina Keluarga Bahagia


Setiap manusia inginkan kebahagiaan dalam hidup. Keluarga yang bahagia sememangnya menjadi impian setiap mereka yang


Inilah hikmah di sebalik perkahwinan sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rum Ayat 21 yang bermaksud :
jawi_logo.jpgberumah tangga.Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”.

Ayat ini menjelaskan kepada kita tujuan sebenar penciptaan pasangan kita adalah untuk hidup bahagia dan berkasih sayang antara satu sama lain sebagai sebuah keluarga sakinah yang sentiasa berada di bawah naungan Allah SWT.


Apabila hilang nilai kasih sayang dalam perhubungan, maka bermulalah bibit-bibit perpecahan dan keretakan yang akhirnya mengundang perceraian.

Dalam membina kebahagiaan rumah tangga, contohilah Rasulullah SAW dalam memimpin isteri dan anak-anak baginda menjalani kehidupan berkeluarga.


Justeru, renungi kembali peranan masing-masing dan jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.


Suami dan bapa yang bertanggungjawab memainkan peranan dalam menentukan hala tuju rumah tangga. Ketaatan kepada Allah SWT mestilah diutamakan dalam setiap perkara.


Sememangnya kehidupan alam berumah tangga tidak dapat lari dari dibadai ujian dan pancaroba.


Dalam menghadapinya, suami dan isteri mestilah saling menyayangi, saling memahami, saling berkongsi, saling memberi, saling menjaga dan saling memaafi setiap kesalahan dan kekurangan.


Jangan hanya kerana satu kesilapan yang dilakukan, menutup seribu kebaikan yang telah dilakukan. Elakkan perceraian dijadikan sebagai jalan penyelesaian mudah untuk mengakhiri masalah dalam rumah tangga.

Tingkatkan kebersamaan dalam melakukan aktiviti keluarga. Mulakan dengan amalan solat berjemaah, terapkan budaya ilmu serta manfaatkan ruang dan masa berkualiti bersama.


Hasilnya, hubungan kita semakin erat, komunikasi bertambah baik dan persefahaman antara satu sama lain semakin meningkat.


Renungkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah RH, daripada Ibnu ‘Abbas RAnhuma, Nabi SAW bersabda : “Sebaik-baik kalian adalah yang baik kepada ahli keluarganya dan aku merupakan yang terbaik dalam melayan ahli keluargaku.”

Mengakhiri khutbah, marilah kita sama-sama mengambil peranan dan tanggungjawab dalam membina keluarga yang bahagia.


Hayati firman Allah SWT dalam surah At-Tahrim Ayat 6 : “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan”.
Tags: bahagia, keluarga, khutbah
Subscribe

Posts from This Journal “keluarga” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments