mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat Sabar Dan Tawakal Menghadapi Ujian

Petikan Khutbah Jumaat 04 September 2020M/ 16 Muharam 1442H JAWI


Sabar Dan Tawakal Menghadapi Ujian


Kehidupan di dunia ini sememangnya tidak dapat lari daripada ujian dan dugaan. Ia sentiasa datang kepada manusia untuk menguji sejauh mana kemampuannya dalam menerima dan menghadapinya.

jawi_logo.jpg
Allah SWT sangat mengasihi hamba-hamba-Nya yang sentiasa sabar, reda dan berserah diri kepada-Nya dalam menghadapi ujian tersebut.


Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 156 yang bermaksud : “(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”


Negara kita masih lagi diuji dengan penularan wabak pandemik COVID-19 yang masih lagi berlaku. Inilah antara ujian dan dugaan yang sangat memberi kesan kepada kehidupan masyarakat di negara ini.


Norma baharu kehidupan sangat penting untuk dipraktikkan oleh setiap masyarakat dalam memastikan risiko penularan pandemik ini dapat dielakkan.


Justeru, pematuhan kepada SOP dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sangat dititik beratkan. Ia bukan untuk menyekat kebebasan individu melainkan demi kebaikan semua pihak.


Tanggungjawab mematuhi setiap SOP dan garis panduan dalam menjalani kehidupan di era norma baharu ini hakikatnya sangat menepati Maqasid al-Syariah dalam aspek memelihara nyawa.


Jika kita abaikan atau memandang enteng tanggungjawab ini, maka kita sebenarnya telah melanggar salah satu daripada tujuan syariah iaitu menjaga nyawa.


Kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh Perintah KawalanPergerakan Pemulihan sehingga Disember 2020.


Justeru, dalam tempoh tersebut setiap peraturan dan garis panduan yang ditetapkan sebelum ini masih dikuatkuasakan terutama dalam aspek pengimarahan masjid dan surau.


Mimbar mengingatkan kepada para Jemaah, marilah kita beristiqamah mengikut garis panduan tersebut lebih-lebih lagi kes-kes penularan pandemik COVID-19 masih berlaku dalam negara.


Buat masa ini kebenaran belum dapat diberikan kepada bukan warganegara Malaysia (warga asing) yang sama sekali tidak dikenali atau tidak diketahui tempat tinggal serta tidak melazimi solat berjemaah bagi menunaikan solat fardu dan solat jumaat di masjid atau surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan.


Keputusan yang sukar ini dibuat sebagai langkah bagi Jawatankuasa untuk memperhalusi serta memberi panduan kepada pihak jawatankuasa kariah masjid dan surau jumaat untuk membuat persiapan sewajarnya.


Tujuannya supaya kita dapat mengelakkan kemungkinan berlaku penularan jangkitan yang sukar dikawal.



Ingatlah tindakan pihak berkuasa dalam isu ini menepati saranan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah Rahimahullah daripada Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah SAW bersabda : “Tidak boleh mudarat dan tidak boleh memudaratkan.”


Mengakhiri khutbah, marilah kita mengambil hikmah dan bermuhasabah daripada ujian yang sedang melanda kita ini.



Jadilah masyarakat yang bertanggungjawab, berdisiplin dalam memelihara diri pada setiap masa dan sentiasa bertawakal kepada Allah SWT.


Semoga ujian ini segera berakhir daripada negara ini dan seluruh dunia. Marilah sama-sama kita hayati firman Allah SWT di dalam surah al-Furqan ayat 58: “Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya.”
Tags: khutbah, sabar, tawakal, ujian
Subscribe

Posts from This Journal “sabar” Tag

  • Khutbah Jumaat : Golongan yang dikasihi Allah

    Petikan Khutbah Jumaat 29 Januari 2021 l 09 Jumadal Akhirah 1442H JAIS Golongan yang dikasihi Allah Allah telah menciptakan makhluknya dengan…

  • Khutbah Jumaat Kesabaran Menyubur Keimanan

    Petikan Khutbah Jumaat 4 Disember 2020M/ 18 Rabiulakhir 1442H JAWI Kesabaran Menyubur Keimanan Sebagai orang yang beriman, kita pasti akan diuji…

  • Sabar hadapi ujian

    SABAR...mudah disebut tetapi memerlukan kekuatan jiwa untuk melakukannya. Sabar adalah sifat mahmudah yang mampu menahan diri daripada melakukan…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments