mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat Masyarakat Sejahtera, Negara Terpelihara

Petikan Khutbah Jumaat 18 September 2020M/ 30 Muharam 1442H JAWI


Masyarakat Sejahtera, Negara Terpelihara


Tarikh 16 September 1963 adalah detik bersejarah yang menyaksikan penyatuan Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah, Sarawak dan Singapura.


Melalui perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963, maka terbentuklah negara Malaysia. Ini adalah peristiwa besar buat kita yang termaktub dalam lembaran sejarah negara.


jawi_logo.jpg
Islam mementingkan persaudaraan, perpaduan dan kasih sayang bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan umat sejagat tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Inilah perkara yang menjadi asas pembentukan negara kita Malaysia.


Hayati firman Allah SWT di dalam surah al-An’am ayat 165 yang bermaksud :“Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak mengujimu pada apa yang dikurniakan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Dalam usaha kita membentuk sebuah masyarakat sejahtera khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, marilah kita berusaha menjayakan beberapa aspek penting yang mesti diutamakan oleh semua warga Wilayah Persekutuan, iaitu:


Pertama :  Aspek agama melalui pemerkasaan institusi masjid dan surau yang bukan hanya tertumpu kepada ibadah khusus semata-mata tetapi turut diperluaskan peranan dan fungsinya serta menepati kehendak semua peringkat umur.

Kedua : Aspek sosial melalui penguatkuasaan undang-undang dan peraturan ke arah menjadikan komuniti masyarakat berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Ketiga : Aspek pendidikan di setiap peringkat pengajian sekolah dan pengajian tinggi yang bukan sahaja menekankan tahap akademik tetapi turut mengambil kira nilai akhlak, etika dan moral.

Keempat : Aspek ekonomi melalui peningkatan taraf ekonomi masyarakat dalam pelbagai sektor di samping meningkatkan peluang pekerjaan kepada masyarakat dalam usaha menjamin masa hadapan yang lebih stabil.

Kelima : Aspek kepimpinan melalui sikap yang ditunjukkan oleh para pemimpin setempat yang dapat memberikan inspirasi kepada masyarakat. Pemimpin bukan sahaja menjadi ketua tetapi turut menjadi pembimbing masyarakat di samping sentiasa mengamalkan sikap adil dan saksama.

Keenam : Aspek pembangunan seiring perkembangan teknologi semasa.Islam tidak menolak kemajuan bahkan ia memberi panduan kepada manusia bagaimana mengurus kepesatan teknologi melalui pengamalan syariat yang betul. Pembangunan dan perkembangan teknologi mestilah seiring dalam memastikan kesejahteraan masyarakat dapat dipenuhi dalam mendepani cabaran dunia tanpa sempadan ini.

Mengakhiri khutbah, marilah bersama kita hayati firman Allah SWT dalam Surah Asy-Syura Ayat 8: “Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan mereka satu umat (yang bersatu dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Allah (tidak merancang yang demikian bahkan Dia akan) memasukkan sesiapa yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan); dan orang-orang yang zalim tidak ada baginya sesiapa pun yang dapat memberikan perlindungan dan pertolongan.”
Tags: khutbah, masyarakat, negara, sejahtera, terpelihara
Subscribe

Posts from This Journal “sejahtera” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments