mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat Teguhkan Akidah, Jauhi Perbuatan Syirik

Petikan Khutbah Jumaat 25 September 2020M/ 7 Safar 1442H JAWI

Teguhkan Akidah, Jauhi Perbuatan Syirik

Sebagai orang yang beriman dengan qada’ dan qadar, kita wajib percaya bahawa Allah SWT menentukan segala-galanya.

Dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Yakinlah bahawa sesuatu perkara yang telah, sedang dan akan berlaku, semuanya tertakluk di bawah takdir Allah SWT.
jawi_logo.jpg
Justeru, apa sahaja yang terjadi di dunia ini, semuanya berjalan sesuai dengan ilmu dan iradat Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam surah At-Taubah ayat 51 yang bermaksud:“Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.”


Kita telah pun memasuki bulan Safar. Bulan kedua di dalam takwim hijri selepas bulan Muharam. Namun, amat menyedihkan sekiranya terdapat masyarakat yang masih lagi terbelenggu dengan amalan-amalan dan kepercayaan karut dalam bulan Safar.


Antara kepercayaan karut masyarakat kita ialah seperti mandi safar untuk mengelakkan bala, larangan berkahwin kerana ditakuti kedua-dua pasangan akan dibebani hutang yang banyak, beranggapan bahawa bayi yang lahir pada bulan Safar akan bernasib malang, bahkan ada yang mengadakan solat hajat dan puasa khusus pada hari-hari tertentu dalam bulan Safar semata-mata untuk tujuan menolak bala, musibah dan seumpamanya. Ingatlah bahawa, tidak adahari, bulan atau tahun yang dijadikan oleh Allah SWT membawa kepada sialdan malapetaka sepertimana kepercayaan masyarakat arab Jahiliyyah.


Renungkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmaddaripada Abdullah bin Umar Radhiyallahu ‘anhuma berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Sesiapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka dia telah berbuat syirik.

Para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah: Apakah penebus anggapan itu? Baginda SAW menjawab: Hendaklah seseorang daripada kamu mengucapkan: Ya Allah tiada kebaikan melainkan kebaikan-Mu dan tiada kecelakaan kecuali yang Engkau telah takdirkan dan tiada tuhan yang disembah selain Engkau.”


Islam telah menegaskan bahawa segala tanggapan bulan Safar sebagai bulan yang penuh dengan musibah dan bencana adalah tidak benar.


Tingkatkan ilmu pengetahuan mengenai akidah dan syariat yang akan menjadi benteng daripada amalan-amalan yang menyeleweng daripada ajaran Islam.


Sebagai ketua keluarga, kita juga bertanggungjawab untuk memastikan setiap ahli keluarga sentiasa terpelihara akidah dan ibadah mereka daripada perkara-perkara syirik yang merosakkan.


Semoga kita sentiasa dilindungi dan dipelihara oleh Allah SWT daripada terjerumus dengan kepercayaan dan amalan karut yang membawa kepada kebinasaan.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita renungi Firman Allah SWT di dalam surah Al-Furqan ayat 2: Bermaksud : “Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”
Tags: akidah, khutbah, safar, syirik
Subscribe

Posts from This Journal “safar” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments