mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

‘Sekian lama derita sakit, kartunis karikatur Nabi meninggal dunia’

COPENHAGEN: Kurt Westergaard, kartunis Denmark yang menimbulkan kemarahan umat Islam selepas membuat karikatur Nabi Muhammad SAW, meninggal dunia pada usia 86 tahun.

BBC memetik akhbar Berlingske melaporkan, Westergaard meninggal dunia setelah sekian lama derita sakit yang tidak dinyatakan.

Westergaard merupakan kartunis akhbar Jyllands-Posten sejak awal 1980-an.

Dia mencipta nama yang buruk dan teruk dihentam umat Islam kerana kontroversi karikatur mengenai Nabi Muhammad di akhbar.

Karikatur itu mendorong tunjuk perasaan di Denmark, sementara kerajaan menerima kritikan dari negara-negara Islam.

Kemarahan itu memuncak dalam tunjuk perasaan di seluruh dunia Islam pada Februari 2006.

Penerbitan karikatur itu telah meninggalkan warisan yang berkekalan. Pada 2015, 12 orang terbunuh dalam serangan di pejabat majalah satira Perancis, Charlie Hebdo, yang telah menerbitkan karikatur tersebut.

Setelah penerbitan itu, Westergaard menerima banyak ancaman

Sumber: Utusan Malaysia Luar Negara 18 Julai 2021

Oleh Metra Syahril Mohamed 19 Julai 2021, 12:26 pm

Tags: hebdo, nabi, westergaard
Subscribe

Posts from This Journal “nabi” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments