mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Doa dalam kehidupan Muslim

Lambat atau cepat permohonan dimakbul suatu ujian yang perlu dihadapi

Pada suatu hari, ada orang melihat Abu Abbas al-Mursi sedang dalam keadaan sakit. Orang itu mendoakan supaya Abu Abbas al-Mursi diberi kesejahteraan oleh Allah SWT, akan tetapi Abu Abbas berkata: “Adakah kamu mengira bahawa aku tidak memohon kepada Allah untuk kesejahteraanku?

Sesungguhnya aku telah meminta ke sejahteraan kepada-Nya. Sebagai pengetahuanmu, pen deritaanku ini pun termasuk dalam maksud kesejahteraan.” Abu Abbas al-Mursi kembali berkata: “Untuk kamu ketahui, Khalifah Abu Bakar as-Siddiq juga memohon kesejahteraan daripada Allah SWT, akan tetapi beliau mati terkena racun. Umar bin Khattab juga memohon kesejahteraan daripada Allah SWT, akan tetapi beliau mati terbunuh. Usman bin Affan juga memohon ke sejahteraan daripada Allah SWT, ternyata beliau mati terbunuh. Begitu juga dengan Ali bin Abi Talib, ia juga memohon kesejahteraan kepada Allah SWT, beliau juga mati terbunuh.”

Justeru, apabila seseorang itu memohon kesejahteraan daripada Allah SWT, maka berdoa dan mohonlah ke sejahteraan menurut apa dikehendaki Allah SWT kerana yang demikian itu paling baik bagi diri seseorang, wa laupun keadaannya tidak sesuai dengan kehendak hawa nafsunya.

Sebagai makhluk atau hamba Allah yang sentiasa dalam serba kekurangan dan kelemahan, sudah tentu kita ber hajat kepada bantuan orang lain yang lebih kaya serta berkuasa daripada kita. Jadi, siapakah yang dapat mem beri pertolongan kepada kita dalam erti kata sebenar nya?

Jawapannya, sudah tentulah tidak lain dan tidak bukan hanya Allah SWT semata-mata yang benar-benar dapat menolong dan membantu hamba-Nya yang sentiasa me merlukan bantuan.

Oleh itu, kita janganlah sekali-kali berdoa atau me mohon sesuatu pertolongan selain daripada Allah SWT kerana perbuatan sedemikian akan meletakkan diri kita dalam kepompong orang yang melakukan perbuatan syirik yang amat dibenci lagi dikutuk oleh Allah SWT.

Doa adalah suatu ibadah yang besar ertinya dalam kehidupan setiap Muslim, di mana ia mendatangkan manfaat dan faedah untuk dunia mahupun akhirat, menolak atau menghindar dari segala bencana yang sudah atau belum berlaku.

Sabda Rasulullah SAW: “Berdoa itu memberi manfaat terhadap sesuatu yang telah berlaku dan dari apa yang belum berlaku, maka lazimlah kamu dengan berdoa wahai hamba-hamba Allah.” (Riwayat al-Hakim)

Setiap orang dianjurkan untuk berdoa, tetapi tidak semua doa itu akan dikabulkan oleh Allah SWT. Ada yang cepat dikabulkan dan ada pula lambat. Jika lambatnya doa itu dikabulkan oleh Allah SWT, janganlah hendaknya berputus asa.

Firman Allah SWT: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan permohonanmu itu.” (Surah al-Mukmin, ayat 60)

Jika Allah SWT tidak mengabulkan permohonan ham ba-Nya itu bukanlah bererti Allah SWT menolak, tetapi berkemungkinan ada kemudaratan terkandung dalam nya yang mencelakakan hamba-Nya, justeru itu penolakan juga bererti pemberian.

Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa lagi Maha Mendengar. Tiada suatu kuasa selain Dia yang dapat mendatangkan kebaikan atau manfaat kepada manusia. Oleh itu, Islam mewajibkan umatnya menjuruskan per mohonan, permintaan dan doa hanya kepada Allah SWT.

Memohon sesuatu selain daripada Allah SWT adalah perbuatan yang boleh merosakkan akidah. Tiada satu doa pun yang menjadi tunggak segala ibadah tidak didengar oleh Allah SWT. Namun, doa akan dimakbulkan apabila seseorang itu mentaati suruhan dan menjauhi larangan Allah SWT.

Perlanggaran perintah Allah SWT akan mengakibatkan sesuatu doa itu menjadi sia-sia dan ditolak. Mudah- mudahan kita termasuk dalam golongan orang yang diperkenankan doa oleh Allah SWT.



Oleh Syed Abi Ghufran Syed Ahmad Al-Idrus Sumber: Berita Harian Online Agama Isnin , 27 Ogos 2012, 8 Syawal 1433 H
Tags: doa
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments