mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Tak adil punca anak dendami bapa

Sememangnya ada kalangan ibu bapa yang sengaja memberikan layanan istimewa kepada sebahagian anaknya dengan diberikan pelbagai macam pemberian, sedangkan anak yang lain tidak demikian.

Menurut pendapat yang kuat, perbuatan seperti itu hukumnya haram jika tidak alasan yang membolehkan. Contohnya, anak itu memang dalam keadaan berbeza dengan anak yang lain seperti sedang sakit, dikelilingi hutang sehingga tidak mampu membayar atau tidak mendapat pekerjaan.

Jika si ayah memberikan anaknya sesuatu dengan sebab yang dibenarkan syarak, hendaklah ia berniat jika anaknya yang lain dalam keadaan sama, ia akan memberinya juga.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa, dan bertakwalah kepada Allah.” (Surah al-Maidah)


Rasulullah anjur keadilan

Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Nu’man bin Basyir: “Suatu hari si ayah mengajaknya kepada Rasulullah SAW. Si ayah berkata: “Sesungguhnya aku telah memberikan kepada anakku ini seorang hamba. Rasulullah SAW bertanya: Adakah setiap anakmu juga engkau berikan perkara yang sama? Ia menjawab: Tidak! Lalu Rasulullah SAW bersabda: Kembalikanlah (hamba itu).”

Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda: “Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah di antara anakmu. (Ia berkata): Kemudian ia pulang lalu mengembalikan pemberiannya.” (Riwayat al-Bukhari)

Manakala dalam sebuah hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika begitu janganlah engkau menjadikanku saksi, kerana aku tidak memberikan kesaksian atas sesuatu kezaliman.”



Boleh cetus cemburu

Apabila kita perhatikan keadaan sebahagian keluarga, ada ibu bapa yang tidak takut kepada Allah dalam soal mengutamakan sebahagian anak berbanding anaknya yang lain dengan pelbagai pemberian menyebabkan anak saling cemburu, menimbulkan permusuhan serta kebencian.

Ada ayah yang mengutamakan salah seorang anaknya hanya kerana rupa muka anak tersebut mirip dengan keluarga daripada pihak ayah sedang yang lain dianaktirikan semata-mata kerana lebih menyerupai wajah keluarga pihak ibu.

Atau ia mengutamakan anak daripada salah seorang isterinya, sedangkan anak isteri lain tidak dipedulikan. Contohnya, ayah memasukkan anak isteri paling disayang ke sekolah terkenal, sedangkan anak lain tidak demikian.

Perbuatan ayah itu kelak dibimbangi akan memakan dirinya sendiri kerana pada kebiasaannya, mereka yang dianaktirikan tidak mahu membalas budi orang tuanya.

Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda: “Tidakkah engkau suka jika mereka semua berbakti kepadamu.” (Riwayat Ahmad)


Zahazan Mohamed Sumber: Berita Harian Online Agama Ahad , 09 September 2012, 22 Syawal 1433 H
Tags: adil
Subscribe

  • Percaya bomoh, tukang tilik boleh jejas akidah

    Aisyah berkata, “Ada orang bertanya kepada Rasulullah berkenaan bomoh. Baginda menjawab: Mereka tidak mampu buat apa-apa pun. Sahabat Baginda…

  • Persoalan alam ghaib urusan Allah

    SETIAP makhluk yang dijadikan Allah tidak sesekali akan terlepas daripada kematian waima dia seseorang nabi, rasul atau orang mukmin. Setiap…

  • Horoskop perosak akidah

    Tukang tilik, dukun yang membuat ramalan boleh bawa kekufuran Adakah umat Islam menyedari perbuatan menyelidik tarikh dan bulan kelahiran untuk…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments