mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

320 bakal haji pertama berlepas

Sepang: Kumpulan pertama seramai 320 jemaah haji berangkat ke Makkah awal pagi tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

Mereka adalah sebahagian daripada 28,000 jemaah haji Malaysia menaiki pesawat Saudi Airlines kira-kira jam 1.30 pagi dan dijangka tiba di Madinah kira-kira jam 5.50 pagi waktu Arab Saudi. Ketibaan mereka akan disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Omar Mohamad al-Saggaf, sebelum dipindahkan ke sebuah hotel dan dibawa menziarahi makam Rasulullah dan sekitar Masjid Nabawi.

Penerbangan kumpulan pertama jemaah haji menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) akan berlepas dari KLIA ke Madinah, kira-kira jam 12.30 tengah hari ini.

Sebelum ke KLIA, bakal jemaah haji berkumpul di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya sebelum melaporkan diri dan dibawa untuk berlepas menaiki bas Tabung haji.

Sehingga ini, 200 petugas Tabung Haji berada di Tanah Suci, manakala selebihnya akan mengiringi kumpulan jemaah yang akan berlepas ke Makkah.

Jumlah keseluruhan petugas yang menguruskan jemaah tahun ini seramai 800 orang.

Penerbangan terakhir jemaah haji ialah pada 17 Oktober depan.




Haika Khazi Sumber: Berita Harian Online Nasional Isnin , 17 September 2012, 1 Zulkaedah 1433 H
Tags: haji
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments