mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Kebersihan mulut patut diutamakan

Abu Ayyub meriwayatkan katanya: Adalah Rasulullah SAW apabila Baginda didatangkan makanan maka Baginda memakan sebahagiannya dan yang lebihnya dikirim kepadaku. Pada suatu hari Baginda mengirimkan kepadaku makanan yang lebih yang tidak pun dimakan sebahagiannya kerana padanya ada bawang putih.

Saya bertanya kepada beliau: Apakah ia haram? Baginda bersabda: Tidak. Tetapi aku tidak menyukainya kerana baunya. Abu Ayyub berkata: Sesungguhnya saya tidak menyukai apa yang anda tidak menyukainya. (Riwayat Muslim) Bau-bauan pada umumnya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap manusia dan haiwan. Banyak orang mahupun haiwan terus mengingati bau tertentu sepanjang hidup mereka.

Orang yang mempunyai nafas berbau pula sering mendapat banyak masalah dalam pergaulan seharian mereka.

Selama perbualan berlangsung biasanya orang yang berkomunikasi bersamanya akan berusaha menjarakkan diri atau cuba seboleh mungkin menahan nafas mereka. Bagi yang sering mendapat masalah bau mulut tentunya mereka akan berasa malu.

Umumnya bau mulut disebabkan oleh faktor makanan yang dimakan seperti bawang putih, petai, jering, meminum alkohol (arak) atau menghisap rokok, disebabkan mulut kering atau kerana jangkitan penyakit/infeksi tertentu.

Maka bagi mengurangi bau mulut adalah penting kita menjaga kebersihan mulut setiap hari. Tidak timbul masalah jika kita mahu memakan makanan yang disebutkan tadi (selain arak) asalkan kita segera mencuci mulut selepasnya.

Jika tidak, pernafasan kita akan mengganggu orang lain terutama apabila kita mendirikan solat di dalam saf atau berkomunikasi dengan orang lain. Perhatian mereka tentu akan terganggu.

Justeru, Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal kebersihan ini bukan saja pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat bahkan juga pada bau mulut orang yang bersolat itu sendiri.



Koleksi hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sumber: Berita Harian Online Agama Selasa , 18 September 2012, 2 Zulkaedah 1433 H
Tags: kebersihan
Subscribe

  • Khutbah Jumaat: Sombong Itu Sifat Iblis.

    Petikan Khutbah Jumaat 29 Okt 2021M / 22 Rabi’ul Awwal 1443H: JAIS Sombong Itu Sifat Iblis Sombong merupakan satu penyakit hati, yang mana…

  • Megah dengan harta

    SIAPA tidak teringin menikmati kehidupan senang dengan harta kekayaan, kemewahan, kemudahan, pangkat, jawatan dan pengaruh? Ramai menginginkannya.…

  • Pamer sikap riak di laman sosial

    ALHAMDULILLAH, hampir seminggu kita berpuasa. Seperti yang kita maklum, pada bulan Ramadan inilah umat Islam berlumba-lumba ingin melakukan ibadah…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments