March 22nd, 2009

Ilmu Mahathiri, Anwari, Dollahi dan Najibi


Kemuncak kemelut  Malaya yang dijangka terungkai akan bermula pada Mar 24 hingga Mar 28, 2009. Pada waktu ini persidangan politik terbesar Malaya akan di adakan di PWTC, Kuala Lumpur. Di sini juga peralihan kuasa dijangka akan berlaku dan disini juga peristiwa peralihan kuasa politik akan di saksikan seluruh penduduk Malaya dan juga dunia.  Ramai orang tak kira bangsa akan tertumpu pada persidangan abad ini.

Kalau dulunya Ilmu Mahathiri berjalan selama 22 tahun, cuba di pintas oleh Ilmu Madani Anwari, di ikuti dengan Ilmu Hadhari cetusan Dollahi kini akan menjelma mungkin lImu Laduni oleh Najibi. Dalam jangka 3-4 dekad ini, banyak nya ilmu cuba di perkenalkan , mana satu yang betul ni ? Elok sahaja kita ikut ilmu sederhana yang kita amalkan iaitu Ilmu Shafie tetapi kita juga harus mengetahui dan mempelajari lain-lain ilmu kerana setiap ilmu tentu ada kelebihan dan kekurangannya. Mahathiri sudah, Madani Anwari sudah, Hadhari Dollahi akan tamat kini mungkin Laduni Najibi pulak ...   apa itu ilmu Laduni, cuba kita kongsikan. Lihat rangkaian di sertakan,  pada yang berstatus majlis ulama sila beri komen (tetapi saya tentunya tahu, ahli majlis ulama yang saya kenal tentunya tidak akan mampu memberi pendapat dan pandangan kerana kecetekan ilmu mereka, kuang, kuang, kuang) . Biarlah ilmu apa sekali pun ilmu sedia ada agaknya sudah memadai. 

Ilmu Laduni rangkaian 1 ...  http://id.wikipedia.org/wiki/Laduni

Ilmu Laduni rangkaian 2 ... http://blog.its.ac.id/syafii/category/wali

Saya memang tidak pasti, tapi elok saya berkongsi dengan rakan-rakan ( itu pun jika ada komen dan pandangan ), wallahualam.